“Aku izinkan suami kahwin lain sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami ke-26 dan dalam diam aku siasat bakal madu aku, rupanya..”

Photo of author

By Joe

“Aku izinkan suami kahwin lain sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami ke-26 dan dalam diam aku siasat bakal madu aku, rupanya..”. Assalamualaikum. Aku Ann (Bukan nama sebenar). Aku baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-26. Pada hari ulang tahun tersebut aku telah memberikan izin kepada suamiku untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang dikatakannya cinta keduanya, selepas aku iaitu Hani.

Aku redha setelah melalui hari-hari yang menyakitkan. Suamiku telah berkenalan dengan seorang wanita yang memiliki anak yang tidak sah taraf. Sememangnya aku tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga di antara kami sebagai isteri lain.

Aku bercampur baur. Tapi suamiku dengan penuh sabar memujuk aku. Tidak dapat dinafikan suamiku adalah seorang yang sabar dan tidak pernah tergoda dalam menjalankan tanggungjawabnya. Dia juga terus terang tentang hubungannya dengan Hani kerana ingin pernikahan yang sah dan direstui olehku sebagai isterinya.

"Aku izinkan suami kahwin lain sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami ke-26 dan dalam diam aku siasat bakal madu aku, rupanya.."

Beliau menyayangi aku dan anak-anak tanpa batas. Aku memang tidak ada alasan untuk menghalang keinginannya. Beliau juga berjanji akan menjalankan tanggungjawab seadil-adilnya jika telah beristeri dua. Mana mungkin isteri dapat menerima suami ingin berpoligami dengan mudah.

Aku berbimbang dengan perasaanku sendiri. Aku cuba menenangkan hatiku. Aku memberi izin kepada suamiku untuk menikahi Hani tetapi beliau tidak bersetuju. Beliau mengatakan aku adalah segalanya baginya. Jika aku tiada maka dia akan hancur.

Beliau juga mengatakan bahawa di matanya aku sangat sempurna, tiada cela dan cintanya terhadap aku sentiasa ada. Jika aku membenarkan beliau kahwin, kasih sayangnya terhadap aku akan bertambah dan melimpah kerana baginya aku telah terlalu banyak berkurban.
Beliau tidak akan mengabaikan aku. Hmmmmm… Pujukan seorang lelaki. Aku tahu suamiku ikhlas ingin memperisterikan Hani. Aku juga tahu naluri lelaki dan fitrah lelaki yang cenderung kepada keindahan wanita.
Aku bukanlah seorang wanita yang tidak menjaga penampilan diri tetapi mungkin seorang lelaki merasa perkasa jika berjaya memiliki wanita muda yang separuh usia mereka. Berkahwin dengan wanita muda akan membuat jiwa mereka sentiasa muda dan bergelora.

Aku banyak menyiasat tentang Hani. Hani bukanlah seorang wanita yang setia kepada seorang lelaki. Dia berhubung dengan banyak lelaki. Aku memberitahu suami tetapi suami memarahiku dan mengatakan aku cemburu kepada Hani.

Aku sedih suamiku tidak mempercayai aku. Aku takut suamiku tersilap memilih dan hidup kami semua akan menderita. Aku juga tahu bahawa Hani suka berhutang dan ada pinjaman berlesen.

Aku amat takut suamiku terjerat dalam masalah yang dibawa oleh Hani apabila telah berkahwin nanti. Sikap Hani yang amat menyakitkan hatiku, dia sering meminta wang dari suamiku. Suamiku pun dengan murah hati akan memberi berapa sahaja yang diminta oleh Hani.

Bagi aku, Hani bukanlah seorang wanita yang baik akhlaknya. Aku sering menyatakan perkara tersebut kepada suami, tetapi dia selalu menasihati saya untuk tidak berburuk sangka. Dia berpendapat jika kita tidak membantu, dia akan sentiasa terperangkap dalam dunianya. Tetapi ini tidak akan membantunya.

Adui.. Orang dalam alam percintaan tidak akan melihat sisi buruk pasangan mereka. Aku memang banyak menahan kesabaran. Tetapi kerap kali aku kalah dengan perasaan dan hatiku. Memang apabila soal perasaan dan hati kita amat sukar untuk menguruskan.

Walaupun kita kata kita redha, hati ini bolak-balik dan sangat terluka. Semasa hati terluka, air mata tidak berhenti mengalir dan air mata adalah peneman yang setia. Suami sering memujuk saya supaya membenarkan dia berpoligami dengan Hani. Saya sering menyatakan kepada suami janganlah meminta saya melakukan perkara yang tidak boleh saya lakukan.

Tetapi suami tidak pernah jemu untuk memujuk. Akhirnya, saya bersetuju untuk pergi ke rumah Hani sekadar untuk menyatakan bahawa saya setuju suami berpoligami. Saya bersetuju kerana takut menjadi isteri yang derhaka.

Saya dan suami pergi ke rumah Hani. Ayah Hani bertanya kepada saya sama ada saya bersedia menerima dan redha. Saya berterus terang menyatakan bahawa tidak ada isteri yang setuju apabila suami ingin berkahwin lagi. Tetapi jika telah ditakdirkan ada jodoh mereka, saya akan menerima dan akan cuba melalui perjalanan hidup bermadu.

Tetapi jika suatu saat nanti saya tidak mampu untuk menahan hati, saya akan mengundur diri. Mungkin itu adalah punca berakhirnya jodoh. Kemudian ayah Hani bertanya kepada Hani sama ada dia setuju atau tidak berkahwin dengan suami saya.

Hani menyatakan dia tidak setuju. Dia tidak menerima suami saya. Saya sangat bersyukur tetapi sangat terkilan kerana rupanya dia hanya menjadikan suami saya tempat untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Dia masih muda, sememangnya tidak sepadan jika dibandingkan dengan suami saya. Saya dapat merasakan bahawa ayahnya amat berharap supaya anaknya dapat bernikah dengan suami saya kerana status anaknya. Bukan mudah untuk orang menerima perempuan yang memiliki anak yang tidak sah taraf.

Saya tidak tahu sebab apa dia menolak lamaran suami saya, sedangkan duit suami saya telah beribu-ribu dia ambil. Dia telah berkali-kali keluar makan dan berbual-bual dengan suami saya. Mungkinkah dia jatuh kasihan melihat saya atau doa saya dalam solat tahajjud, taubat dan hajat telah dimakbulkan Allah?

Syukur ya Allah, Engkau beri nikmat ini. Janganlah Engkau tarik nikmat yang telah Engkau berikan ini. Takdir itu milikMu ya Allah. Alhamdulillah. Doakan saya sahabat, supaya selepas ini suami dan Hani tidak berhubung lagi. Doakan juga supaya suami dapat melupakan cinta keduanya itu dan tiada lagi cinta selepas ini antara suami saya dengan wanita lain selain saya.

Semoga ujian Allah ini akan lebih mendekatkan kami kepada-Nya. Dan yang paling utama, semoga rumah tangga kami aman bahagia hingga ke syurga. Aamiin.. – ANN (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Deedee Nas : Perempuan tu bukan nak suami puan. Perempuan tu cuma nak duit. Dia dah tak ada pilihan lain kecuali melayan saja suami puan yang suka memberi. Kalau dia ada pilihan lain, contohnya lelaki muda yang jenis kuat memberi macam suami puan, tentu dia pilih lelaki muda tu.

Perangai orang tua ni lain, dia tak nampak perangai licik perempuan muda ni, yang dia nampak fizikal muda, perangai manja perempuan tu. Harap rumah tangga puan selamat.

Saifudin Nadia : Biasalah puan.. orang tengah hangat bercinta tahu yang jijik pun dikatakan permata. Alhamdulillah mungkin doa puan dimakbulkan. Betul kite pun kalau dah terpaksa dalam rela beri persetujuan, dalam masa yang sama kite juga mahu pastikan baik atau tidak perempuan yang ingin suami kite peristerikan. Kasih wanita kan. Kuat hati wanita ini. Demi kasih serta taat, semoga diberi kebahagiaan buat puan di dunia dan akhirat.

Baca Lagi:
Juruteknik tak sangka belanja RM300, bawa pulang kereta Mitsubishi Xpander yang bernilai RM120,000
7 bayi baru lahir maut hospital terbakar
Cahaya aneh bentuk tiang di langit, kenali fenomena tiang cahaya