Aktivis politik sujud syukur dibebaskan pertuduhan amang seksual anak perempuan

Aktivis politik sujud syukur dibebaskan pertuduhan amang seksual anak perempuan

Aktivis politik sujud syukur dibebaskan pertuduhan amang seksual anak perempuan. Seorang aktivis politik melakukan sujud syukur di luar Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan amang seksual terhadap anak perempuan dan anak tirinya pada tahun 2018 dan 2019.

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap aktivis berkenaan.

“Pada tahap penilaian secara maksimum, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 bagi kedua-dua kes.
“Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri bagi kedua-dua pertuduhan sebelum ini,” katanya.

Aktivis politik sujud syukur dibebaskan pertuduhan amang seksual anak perempuan

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang ketika itu berusia 16 tahun dan anaknya berusia enam tahun.

Kesalahan yang didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu dilakukan pada tahun 2018 dan 2019 di sebuah rumah di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.

Sementara itu, lelaki berkenaan ketika ditemui di luar mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan terbabit selepas berdepan tekanan teruk kerana didakwa atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

“Pada tahun pertama, saya berdepan kesan psikologi yang teruk kerana fitnah ini telah memberi kesan buruk kepada saya sehingga hilang pekerjaan dan bisnes bertambah teruk.

“Terima kasih kepada keluarga dan peguam yang berhempas pulas memperjuangkan kes saya. Hari ini hakim telah membuat keputusan adil serta berpihak kepada saya,” katanya.

Aktivis berkenaan diwakili peguam Datuk Hanif Hassan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Baca Lagi:
Lelaki mewakili 32 juta rakyat Malaysia saman dua bekas PM
Netizen risau tengok Remy Ishak sekarang, makin selekeh selepas kahwin – Ini jawapan tuan badan
Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini
CATEGORIES