Aksi Tepuk Punggung: PU Amin tegur perbuatan tak senonoh usahawan produk

Aksi Tepuk Punggung: PU Amin tegur perbuatan tak senonoh usahawan produk

Aksi Tepuk Punggung: PU Amin tegur perbuatan tak senonoh usahawan produk.

Tindakan seorang usahawan terkenal memuat naik video menampar punggung bersama beberapa lagi selebriti mengundang kecaman pengguna media sosial sejak semalam.

Dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, wanita itu menjelaskan ia bagi tujuan promosi untuk sebuah program.

73b56688 3e7f 4383 84aa 7a1c649ebaed e1655335385886

Perbuatan tidak senonoh itu turut menarik perhatian pendakwah, Pencetus Umah (PU) Amin yang bertindak menegur tingkah-laku empat wanita tersebut menerusi video yang dimuat naik dalam InstaStorynya.

“Malu jika tindakan mereka ini akan menjadi ikutan anak-anak muda, bukan begini sepatutnya cara menggunakan nikmat kaya yang Allah bagi.

“Bimbang nanti orang akan memandang serong kepada agama dan bangsa kita,” tegur PU Amin

Meninjau di ruangan komen usahawan tersebut, rata-rata pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan dan menegur tindakan beliau.

“Semoga diberi kesempatan untuk bertaubat dan berubah menjadi lebih baik,” kata @sirahtahir.

Baca Lagi:

Lubuk emas di Malaysia, penduduk kampung ada yang dapat sampai 7KG emas

Baru seminggu ayah meninggal, ada satu rombongan datang rumah hantar sesuatu dari ayah

Tular video pemain skuad Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam

CATEGORIES