Aksi spontan pengawal sekolah sepak kereta Alza sebab tak beri lalu kepada pelajar raih perhatian ramai. Video viral di media sosial memaparkan sebuah kereta Alza disepak oleh pengawal sekolah susulan kerana tidak memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah sekolah.
Menurut perkongsian di X, @update11111 telah memuat naik rakaman dashcam yang menunjukkan pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Mohd Shairazi sedang mengawasi lalu lintas di hadapan sekolah tersebut.
Mohd Shairazi telah memberikan isyarat kepada pemandu Perodua Alza supaya memberhentikan kenderaannya bagi memberi laluan kepada murid perempuan yang ingin menyeberang jalan.
Namun, pemandu kereta tersebut tidak menghentikan kenderaannya dan terus meneruskan pemanduannya, menyebabkan pengawal keselamatan itu menjadi marah.
Akibatnya, kereta Alza disepak oleh pengawal sekolah.
Mohd Shairazi menendang kenderaan itu ketika dia berjalan melewati sebagai pengawal keselamatan, baru pemandu Perodua Alza itu berhenti dan keluar dari kenderaannya.
Kemudian, pemandu Perodua Alza tersebut bertekak dengan Mohd Shairazi, sementara murid perempuan yang cuba menyeberang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Mohd Shairazi yang juga merupakan Ketua Pengawal Keselamatan di sekolah itu telah tampil menjelaskan kejadian sebenar selepas videonya menjadi tular.
“Saya bertugas kawalan lalu lintas. Allahuakbar, tak sangka pula terus viral.
“Saya bertugas seperti biasa, apabila anak Ustaz Hafiz hendak menyeberang, saya mengangkat tangan untuk menghentikan kereta yang datang kerana murid-murid sesi petang ini, walaupun mereka baru saja di tangga, mereka terus lari.
“Tetapi kereta itu terus melaju, perkara itu berlaku dengan spontan, saya sendiri pun tidak menyangka,” katanya.
Dah pak cik guard tu dah tahan berhenti lah kejap.
Kan dah kena penerajang. pic.twitter.com/gEKk8vuMcz— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) July 4, 2024
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan Mohd Shairazi kerana pemandu Perodua Alza itu tidak mengikut peraturan ketika memandu di kawasan sekolah.
Payah sangat ke nak berhenti?
Lalu kawasan sekolah kena utamakan murid dulu
Seeloknya, lalu depan sekolah buat macam baru belajar memandu
Dah kena suruh berhenti, kenapa terus jalan?
Haih, pemandu Perodua Alza kena ambil kelas KPP 1 balik ni, perlu belajar semula!