Akhirnya Uqasha Senrose bersuara lepas ada wanita dedah ‘rahsia’ yang dia kaki buli masa sekolah dahulu

Photo of author

By Joe

Akhirnya Uqasha Senrose bersuara lepas ada wanita dedah ‘rahsia’ yang dia kaki buli masa sekolah dahulu. Menerusi ciapan Twitter, Uqasha terkejut dan tra uma dengan dakwaan diberikan, lebih lagi ketika kes insiden suaminya, Kamal Adli dipu kul masih belum selesai.

“Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi kepada saya dan suami, ada pula memfitnah saya sebagai pembu li.
“Dengan satu gambar saya sudah dicop sebagai pembuli. Siapa tengah buli mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria?
“Dalam keadaan begini, lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli,” tulisnya.

Akhirnya Uqasha Senrose bersuara lepas ada wanita dedah 'rahsia' yang dia kaki buli masa sekolah dahulu

Terdahulu, seorang individu di Twitter mendakwa dibuli pelakon drama Setia Hujung Nyawa dan Rindu Awak Separuh Nyawa itu ketika zaman sekolah menengah sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Menerusi ciapan Twitter, Uqasha terkejut dan trauma dengan dakwaan diberikan, lebih lagi ketika kes insiden suaminya, Kamal Adli dipu kul masih belum selesai. – Foto Twitter Uqasha Senrose

Akhirnya Uqasha Senrose bersuara lepas ada wanita dedah 'rahsia' yang dia kaki buli masa sekolah dahulu

Enggan terus difitnah, Uqasha tampil membalas ciapan individu berkenaan dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa, selain menyerahkan segala maklumat untuk polis membuat siasatan.

“Kepada anda yang sudah menabur fitnah, saya akan berjumpa anda. Jangan risau segala maklumat mengenai peribadi anda polis akan jalankan siasatan.

“Allah Maha Besar. Anda boleh sekat saya dalam media sosial, tetapi segala bukti perbualan kami dah dapat. Dunia ini kecil,” katanya.

Terdahulu, Kamal diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di Expo Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.

Kamal kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan.

Baca Lagi:
Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’
Bayaran Tambahan Fasa 2 RM300 telah mula dikreditkan hari ini, semak sekarang
Lans koperal tembak isteri mohon ziarah kubur isteri selepas didakwa, sekali ini jawapan Majistret