Akhirnya terjawab pertanyaan sejak kecil macam mana rasa bentuk awan selepas penerjun kongsi berada di dalam awan

Photo of author

By Joe

Akhirnya terjawab pertanyaan sejak kecil macam mana rasa bentuk awan selepas penerjun kongsi berada di dalam awan. Apabila kita mendongak ke langit, pasti terlihat gumpalan awan, kan? Sewaktu kecil, mungkin ada yang memasang hasrat ingin terjun di dalam awan tersebut.

Banyak pertanyaan bermain di minda. Bagaimanakah keadaan di dalam awan itu, adakah seperti kapas atau selembut kain baldu? Boleh ke kita pegang awan dan banyak lagi.

Kita juga pernah melihat animasi mengenai tamandun-tamadun yang dibina di atas awan atau watak-watak yang menjadikan awan sebagai alat pengangkutan.

Akhirnya terjawab pertanyaan sejak kecil macam mana rasa bentuk awan selepas penerjun kongsi berada di dalam awan

Walaupun usia sudah menginjak dewasa, impian sejak kecil itu pasti masih tidak luput dalam ingatan masing-masing.

Namun, apabila menginjak dewasa dan mempelajari proses pembentukan awan dari sudut saintfik, pengetahuan ini seakan-akan menguburkan imaginasi kita terhadap awan.

Hal ini disebabkan, awan diperbuat daripada wap air yang terapung di atas langit. Secara umumnya, udara selalu mengandungi wap air hasil dari penyejatan sumber air dari daratan.

Apabila wap air ini memeluwap menjadi titisan, maka terbentuklah awan-awan yang kita lihat di atas langit.

Secara logik, rangkaian zarah-zarah dalam struktur awan tidak serapat zarah-zarah pepejal. Ia sekali gus menolak sebarang kemungkinan yang membolehkan manusia ‘melompat’ dan memegangnya seperti gula-gula kapas.

Sungguhpun begitu, ini menyebabkan kita masih tertanya-tanya bagaimana keadaan apabila kita ‘menyelam’ ke dalam awam.

Satu-satunya cara untuk melihat apa yang ada di dalam awan tentunya melalui aktiviti sky diving. Persoalan itu terjawab melalui satu video yang menjadi viral di TikTok baru-baru ini.

Begini rupanya, penerjun belanja keadaan dalam awan

Menerusi hantaran video milik akaun rasmi Insta 360 (@insta360_official), ia memaparkan visual yang dirakam di dalam awan oleh seorang penerjun.

Penerjun tersebut terjun pada ketinggian melebihi paras awan pada awal video. Pada saat kelima, dia telah memasuki ruangan kepulan awan yang kelihatan putih gebu pada luarannya.

Ketika berada di dalam awan, kita tidak melihat apa-apa yang berada di luarnya. Hanya selimut putih dan beberapa titisan air hujan yang kelihatan dalam paparan video.

Paparan ini kekal sama sehingga individu tersebut melepasi awan. Menariknya salah seorang pengguna TikTok memberikan komen menarik mengenai aktiviti sky diving di ruang awan.

“Anda tahu mengapa ia menyakitkan apabila inidividu tersebut melalui titisan air hujan ketika sky diving? Sebabnya badan anda akan terkena bahagian hujung titisan air hujan hujan yang bersifat runcing,” tulis seorang pengguna.

Jadi, menyelam ke dalam awan ini mungkin menyeronokkan tetapi tidaklah ‘seempuk’ yang disangkakan.

@insta360_official The man just shared an experience we’ve all dreamed of ☁️ 📸 @ericfinattrepat with #insta360 X3 #sky#freefall#skydive#fyp#adventure#adrenaline ♬ original sound – insta360_official

Dengan melihat video diatas, semoga persoalan anda apa yang ada di dalam awan terjawab.

Baca Lagi:
Penduduk kantoi ternak 58 ekor buaya tepi tingkap rumah
Apa dah jadi di Makkah?, Guru mati lemas di bandar suci ketika hujan lebat
Perbezaan antara gelaran Dato’ dan Datuk yang ramai tak tahu, ini penerangannya