Akhirnya terjawab lelaki serang imam ketika solat Subuh, rupanya terdengar namanya disebut ketika imam baca surah

Akhirnya terjawab lelaki serang imam ketika solat Subuh, rupanya terdengar namanya disebut ketika imam baca surah

Akhirnya terjawab lelaki serang imam ketika solat Subuh, rupanya terdengar namanya disebut ketika imam baca surah. Lelaki yang menyerang seorang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, 26 Mac lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Kuantan di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan melakukan kacau ganggu solat di rumah ibadat.

Katanya, lelaki berusia 37 tahun itu kini dalam pengawasan di unit psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Akhirnya terjawab lelaki serang imam ketika solat Subuh, rupanya terdengar namanya disebut ketika imam baca surah

“Siasatan awal mendapati, suspek sudah lama berada di kawasan terbabit dan ketika kejadia, dia menjadi agresif.

“Ia dipercayai ada kaitan dengan pengaruh dadah kerana ujian saringan mendapati, suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Suspek mendakwa bertindak demikian kerana mendengar imam yang mengimamkan solat ketika membaca surah ada menyebut namanya,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata demikian selepas majlis taklimat Operasi Bersepadu Pembersihan Gelandangan dan Pengemis serta Orang Kurang Siuman di sekitar zon Kuantan di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, suspek juga akan dikenakan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagaimanapun, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan, suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok,” katanya.

Pada kejadian jam 6.18 pagi itu, suspek yang berpakaian baju Melayu ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam menyerang mangsa daripada belakang.

Mangsa, Ilhan Muhammad Irham, adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, yang menjadi imam jemputan untuk solat Subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 masjid berkenaan.

Ketika masuk rakaat kedua, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu masjid.

Lelaki itu kemudiannya menolak jemaah dan menerpa ke arah imam sebelum memukul imam dengan selipar.

Baca Lagi:
Nasib Najib diketahui esok, bebas atau kekal di penjara Kajang selama 12 tahun
Kisah 5 beradik meninggal dunia sebab makan telur ikan kurau, tapi sebenar telur..
Kejadian ‘Bulan berekor’ dikaitkan tanda kiamat dan dukhan akan berlaku?, Ustaz ni jelaskan perkara sebenar
CATEGORIES