Akhirnya terjawab kenapa semut suka hurung air kosong dalam pemanas air, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Akhirnya terjawab kenapa semut suka hurung air kosong dalam pemanas air, ini sebabnya yang ramai tak tahu. Masalah semut yang terlalu banyak di dalam rumah boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada kita sebagai penghuni.

Kehadiran serangga kecil ini sudah tentu sahaja boleh mencemarkan makanan yang ditinggalkan di atas meja makan dan sebagainya.

Seperkara lagi, jika anda perasan, semut juga gemar berkumpul atau mengerumuni bekas yang mengandungi air seperti cerek air.

Akhirnya terjawab kenapa semut suka hurung air kosong dalam pemanas air, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Kadang-kala kita juga merasa hairan, air dalam cerek tersebut hanyalah air putih biasa, bukannya air yang mengandungi gula.

Jadi, kenapa pula air tersebut boleh menarik perhatian semut? Aneh, bukan?

Sebenarnya, ada penjelasan tersendiri mengapa semut boleh tertarik untuk mengerumuni cerek air yang mengandungi air kosong.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @khairunnaim4, yang selalu berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat berkenaan kawalan haiwan perosak.

Menurut @khairunnaim4, terdapat sekurang-kurangnya empat sebab mengapa semut tertarik dengan bekas mengandungi air kosong, seperti cerek air.

Katanya, air merupakan asas kepada setiap kehidupan termasuklah kepada manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, semut sebagai makhluk bernyawa juga memerlukan air sebagai asas kehidupan serangga berkenaan.

Selain itu, air juga boleh dianggap sebagai sumber makanan.

“Semut juga sama seperti manusia. Semut nak makan, nak hidup perlukan air. Kalau tak ada makanan lain macam gula ke, daging ke tak apa, yang penting ada air dulu,” katanya.

Tambah @khairunnaim4 lagi, kawasan yang mempunyai sumber air juga merupakan tempat yang paling strategik untuk semut membina koloni baharu.

Sekiranya semut mahu membina sarang atau koloni pada satu-satu tempat, perkara pertama yang dilihat adalah sumber air.

“Kalau semut jumpa tempat ada sumber air, tempat itu sesuai untuk semut bina koloni baharu. Malangnya, kadang-kala kawasan yang semut jumpa itu adalah bekas atau cerek air masak,” katanya lagi.

Cerek air menjadi tempat semut berkumpul juga boleh berpunca daripada jejak feromon yang dihasilkan serangga tersebut.

“Semut adalah serangga sosial. Kalau perasan, dekat mana-mana tempat semut ini tersusun. Kalau cari makan, semut ini akan beratur elok.

“Sebenarnya, semut berjalan tersusun ini disebabkan jejak feromon,” kata @khairunnaim4.

Oleh itu, mungkin hanya seekor semut sahaja yang menemui sumber air seperti dalam cerek pemanas.

Tetapi disebabkan seekor semut tersebut meninggalkan jejak feromon, maka semut-semut lain akan mengikuti jejak feromon berkenaan dan menemui sumber air tersebut.

@khairunnaim4 Replying to @Tiktokbodo ♬ original sound – NAIM PEST CONTROL

Baca Lagi:
Lelaki dedah ciri-ciri pengamal ilmu hitam, “masuk tandas pakai cincin suasa terbalik”
Bukan saja-saja reka, rupanya ini sebab kenapa tapak air tin berbentuk serong ke dalam
“Bancuh kopi guna diesel ke?”- Tular kedai umum naik harga secawan kopi 50sen jadi perhatian ramai