Akhirnya terjawab kenapa seluar jeans guna zip logam, ini sejarah zip logam yang ramai tak tahu

Akhirnya terjawab kenapa seluar jeans guna zip logam, ini sejarah zip logam yang ramai tak tahu

Akhirnya terjawab kenapa seluar jeans guna zip logam, ini sejarah zip logam yang ramai tak tahu. Selain faktor harga dan jenama, keselesaan juga menjadi kunci penting dalam pemilihan pakaian yang hendak dibeli.

Pakaian yang selesa dapat memberikan emosi yang baik untuk seseorang menjalani kehidupan hariannya. Selain selesa, pakaian yang tahan lama dan lasak seperti jeans atau denim turut menjadi pilihan utama pembeli.

Seluar jenis jeans seperti yang diketahui sangat tahan lasak dan boleh dipakai dalam apa jua situasi, khususnya ketika melakukan aktiviti di persekitaran luar.

Akhirnya terjawab kenapa seluar jeans guna zip logam, ini sejarah zip logam yang ramai tak tahu

Bercakap soal seluar jeans, pernah tak anda terfikir atau perasan kenapa kebanyakan seluar jeans menggunakan zip jenis besi?

Kenapa jarang atau tidak ada seluar jeans yang menggunakan zip diperbuat daripada bahan lain?

Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut mari ikuti perkongsian penulisan pada hari ini.

Kenapa seluar jeans selalu guna zip logam?

Akhirnya terjawab kenapa seluar jeans guna zip logam, ini sejarah zip logam yang ramai tak tahu

Kenapa kebanyakan jeans menggunakan zip besi atau logam?

Zip logam dicipta untuk kegunaan kasar dan tahan lasak. Permintaan terhadap zip diperbuat daripada logam juga tinggi dalam pasaran.

Justeru, kedua-dua faktor ini menjadi kunci utama kenapa zip logam dianggap sesuai untuk industri seluar jeans.

Jeans telah menjadi trend sejak sekian lama dan ia juga telah menjadi pilihan oleh ramai generasi muda sejak perkenalan produk tersebut.

Pelbagai jenis ritsleting yang terdapat di pasaran dengan kebanyakan seluar jeans menggunakan ritsleting logam sebagai pengikat.

Zip logam adalah bersifat tahan lama dan sewaktu mula-mula ia diperkenalkan, jeans menjadi pilihan mereka yang bekerja dalam industri buruh. Zip logam bersifat tahan lasak dan mempunyai daya tahan daripada haus.

Sejarah asal zip logam

Pada awalnya, koboi dan pelombong memakai seluar jeans ketika pergi bekerja. Malah seluar jeans telah menjadi pilihan mereka, memandangkan kerja mereka yang lasak.

Sedia maklum tentang perkara itu, pereka seluar jeans kemudiannya mengeluarkan seluar jeans yang mempunyai zip daya tahan tinggi.

Atas sebab ini, mereka memilih zip logam sebagai pengikat yang ideal. Sejak itu, zip logam kekal sebagai pilihan pengikat untuk pakaian seluar jeans.

Gaya

Zip logam menarik dan memberikan gaya yang elegan kepada si pemakainya. Pengilang sentiasa diberikan pilihan sewaktu memilih zip logam untuk seluar jeans keluaran mereka.

Pengikat ini datang dalam pelbagai gaya dan kemasan, termasuk diperbuat daripada tembaga, nikel, loyang emas dan alumium.

Selain itu, zip logam boleh mempunyai kemasan elemen antik yang menjadikannya bersifat tersendiri daripada zip lain.

Ketahanan

Akhirnya terjawab kenapa seluar jeans guna zip logam, ini sejarah zip logam yang ramai tak tahu

Zip logam secara perbandingan adalah yang paling tahan lama di antara semua jenis zip. Zip jenis ini tahan lasak termasuk ketika dicuci dalam keadaan yang kasar.

Malah kualiti ketahanannya menyebabkan ia kekal kukuh dan utuh walaupun seluar jeans itu sudah lama.

Selain itu, gigi zip jenis ini juga jarang putus dan menjadikannya pilihan ideal untuk pengeluar jeans.

Fleksibiliti

Fleksibiliti zip logam boleh dikatakan cukup baik berbanding dengan jenis yang lain. Sebagai contoh, ia tidak akan meregang seperti zip nilon.

Zip ini boleh menahan tekanan yang hebat apabila pemakai berjalan tanpa patah atau kehilangan bentuk asalnya.

Namun begitu, pemakai perlu melakukan waxing secara bekala untuk mengelakkan gigi zip tidak melekat antara satu sama lain.

Secara ringkasnya, zip logam secara klasik adalah yang pertama pernah wujud di dalam dunia ini.

Hakikat bahawa zip logam telah wujud sejak zaman dahulu telah menambahkan sifat estetik dan tarikan eksotik seluar jeans tersebut.

Seluar jeans sehingga kini telah menjadi begitu popular walau selepas bertahun-tahun ia diperkenalkan kepada pengguna.

Baca Lagi:
Kanak-kanak meninggal dunia tercekik buah anggur selepas 10 hari terima rawatan
Kerajaan Perpaduan hilang sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen selepas Syed Saddiq umum tarik sokongan
Bukan kembar tapi 4 beradik ini lahir pada tarikh yang sama semua 6 September
CATEGORIES