Akhirnya terjawab kenapa duit Ribu disingkatkan jadi K

Photo of author

By Joe

Akhirnya terjawab kenapa duit Ribu disingkatkan jadi K. Salah satu singkatan yang kerap digunakan dalam hitungan tentunya penggunaan ‘K’ sebagai ganti kepada rujukan ribu. Misalnya, RM1,000 disebut sebagai RM1k.

Selain digunakan ketika menghitung wang, K juga digunakan dalam pelbagai perkara lain seperti ketika menyebut hitungan jumlah tanda suka dan tontonan sesuatu kandungan di media sosial.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan istilah tersebut, ia bukanlah satu singkatan yang asing kerana anda sudah tahu K tersebut bermaksud ribu.

Akhirnya terjawab kenapa duit Ribu disingkatkan jadi K

Walaupun begitu, pernahkah anda terfikir bagaimana K boleh menjadi rujukan kepada ribu? Dari mana asal-usulnya dan budaya apa pula yang mempengaruhi penggunaan simbol ini?

Kenapa ribu disingkatkan kepada K? Semuanya bermula dari tamadun Greek. Dunia barat sememangnya diketahui banyak dipengaruhi oleh tamadun Yunani dan Rom, termasuklah menjadi asal-usul kepada simbol K.
Menurut News18, K dipercayai berasal dari perkataan dalam tamadun Greek iaitu ‘chilioi’ yang bermaksud ‘ribu’.

Bagaimanapun, chilioi dalam budaya Greek ini membawa maksud yang lebih luas iaitu merujuk kepada ‘jumlah yang tidak pasti’.

Walaupun terjemahan terhampir chiloi adalah seribu, namun ia juga boleh difahami sebagai tempoh atau jangka masa yang tidak diketahui atau kesempurnaan yang menyeluruh. Ringkasnya, chiloi bukan secara literal bermaksud ribu.

Seiring peredaran zaman, perkataan chiloi ini kemudian diserap dalam kebudayaan Perancis menjadi kilo. Semasa kemunculan sistem metrik, kilo pada waktu itu telah diperkenalkan sebagai rujukan kepada seribu.

Dunia ekonomi juga menggunakan istilah ‘K’ untuk menggantikan Ribu. Menurut portal News18, dari sini bermulanya istilah baru seperti kiloliter, kilogram, kiloton dan lain-lain yang dicipta bagi merujuk kepada bilangan seribu dalam hitungan masing-masing.

Selepas sistem metrik diterima secara meluas, individu dalam bidang ekonomi mula mengikut kaedah yang sama dengan menggunakan singkatan ‘K’ untuk mewakili nilai wang seribu.

Justeru itu, kita sering melihat angka-angka wang dalam gandaan seribu dilabelkan dengan huruf ‘K’, misalnya seperti ‘RM50,000’ ditulis sebagai ‘RM50K’.

Baca Lagi:
Sering mimpi arwah ayah dan ibu?, hati-hati, ini penjelasannya
“Jangan anggap orang kecil tak boleh lawan”- Lelaki India ‘K.O’ kena tibai dengan pekerja kedai runcit
“Bukan main tekan pedal minyak langgar lampu merah, tak pasal dapat habuan ‘sodok’ kereta polis”