Akhirnya terbongkar punca sebenar ejen kosmetik diculik, rupanya dari suami sendiri

Akhirnya terbongkar punca sebenar ejen kosmetik diculik, rupanya dari suami sendiri

Akhirnya terbongkar punca sebenar ejen kosmetik diculik, rupanya dari suami sendiri.

Perselisihan antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Akhirnya terbongkar punca sebenar ejen kosmetik diculik, rupanya dari suami sendiri

Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Baca Lagi:

Kes Usahawan Diculik : Tak sampai 24 jam, penduduk temui sesuatu di sempadan Thailand

Selepas teruk kena hentam dengan netizen, Rosyam Nor mula buka mulut

Tular rakaman CCTV usahawan kosmetik dilarikan 3 lelaki depan pintu rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *