Akhirnya Syamsul Yusof buat pengakuan dah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand

Akhirnya Syamsul Yusof buat pengakuan dah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand

Akhirnya Syamsul Yusof buat pengakuan dah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebentar tadi.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

Akhirnya Syamsul Yusof buat pengakuan dah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand

“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi.

“Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.

Syamsul mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.

“Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan.

“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.

“Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.

“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi video berkenaan.

Akhirnya Syamsul Yusof buat pengakuan dah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand

Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu mengakui, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.

“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.

“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.

“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.

Baca Lagi:
Suara pakcik ini sama sebijik dengan suara kambing, ‘kalau pejam mata mesti ingat kambing betul’
Masih belum selesai, kawan Puteri Sarah pula dedah sikap Syamsul Yusof yang sebenar yang ramai orang tak tahu
Kualiti barang zaman dulu memang padu! – Lelaki jumpa serbuk koko dan ‘baking powder’ tarikh luput 1998 milik arwah mak dan buku resipi
CATEGORIES