Akhirnya saintis temui mengapa serangga mudah tertarik dengan cahaya lampu

Akhirnya saintis temui mengapa serangga mudah tertarik dengan cahaya lampu

Akhirnya saintis temui mengapa serangga mudah tertarik dengan cahaya lampu. Selama ini kita sering mendengar teori ‘serangga tertarik dengan cahaya lampu’, namun hasil kajian terkini nampaknya ‘tidak bersetuju’ dengan teori tersebut.

Menurut kajian terkini, terdapat hasil dapatan yang menyaksikan cahaya lampu tidak ‘menarik’ serangga tetapi ia ‘memerangkap’ haiwan tersebut.

Kata saintis, cahaya lampu buatan manusia telah menganggu sistem badan serangga yang digunakan untuk mengorientasikan badan mereka ketika terbang.

Akhirnya saintis temui mengapa serangga mudah tertarik dengan cahaya lampu

“Hasil dapatan kami mendapati cahaya buatan sebenarnya lebih cenderung memerangkap serangga daripada menarik haiwan tersebut dari jauh,” kata ketua pengarang dari Imperial College London, Dr. Samuel Fabian.

Sebab serangga tertarik cahaya

Sehingga kini, teori yang sering dipegang adalah, serangga nokturnal menggunakan cahaya bulan untuk bergerak. Oleh sebab itu, mereka ‘tersilap’ dan menganggap cahaya lampu sebagai cahaya bulan.

Namun, idea tersebut tidak menjelaskan mengapa haiwan tersebut turut berkumpul di sekeliling cahaya lampu pada waktu siang, lapor New Scientist.

Idea tersebut turut meramalkan bahawa serangga akan terbang dalam lingkaran ke arah lampu, dan perkara ini bukan seperti yang mereka lakukan.

Bagi menjawab persoalan ini, Dr. Fabian bersama rakan-rakannya merakam serangga yang berada di dalam kawasan liar. Pergerakan serangga tersebut di sekeliling cahaya akan dirakam menerusi kamera berkelajuan tinggi.

Mereka turut menggunakan motion capture bagi mengesan pergerakan termasuk serangga lain seperti pepatung dan rama-rama dengan tepat.

Cahaya buatan menyebabkan serangga tidak dapat menentukan kedudukan mereka

Kajian menunjukkan apabila serangga terbang di atas cahaya, mereka akan cenderung menterbalikkan diri mereka. Serangga-serangga tersebut cenderung untuk terbang secara atas bawah dan akhir sekali, terjunam ke tanah.

Bagi serangga yang melintas di bawah cahaya pula, mereka mula melakukan pergerakan dalam bentuk gelung. Apabila sudut pendakian mereka menjadi terlalu curam, mereka berhenti dan mula jatuh.

Apabila mereka mendekati cahaya dari bahagian sisi pula, mereka juga boleh mengelilingi atau ‘mengorbit’ cahaya.

Video-video terbabit mendedahkan bahawa serangga terbang pada sudut tegak cahaya tersebut, bukannya terbang ke arahnya secara terus.

“Apa yang boleh didapati daripada tiga situasi adalah serangga akan membelakangi cahaya, mencetuskan refleks yang dikenali sebagai dorsal light response,” jelas Dr Fabian.

Refleks ini turut didapati oleh beberapa jenis ikan dan kebanyakan serangga. Ia merupakan helah bagi haiwan untuk menentukan mana satu bahagian atas dan bawah.

Ini membantu haiwan-haiwan ini untuk memastikan badan mereka dalam posisi yang betul.

Kajian ini turut menarik perhatian dan persetujuan dari ahli akademik lain untuk bidang entomologi. Dr. Roy van Grunsven dari Pusat Konservasi Rama-rama
Belanda pernah mengkaji berkenaan kesan cahaya buatan terhadap serangga.

Beliau merasakan dapatan kajian Dr. Fabian menyakinkan dan mampu mempersoalkan teori-teoti sedia ada.

“Saya tidak pernah yakin dengan teori-teori lain.” katanya.

Dr. Fabian berharap terdapat beberapa kajian yang dapat mengurangkan kesan negatif cahaya buatan terhadap serangga.

Berdasarkan kajian ini, banyak serangga mati akibat tidak dapat menentukan kedudukan badan mereka apabila berdekatan cahaya.

Perkara ini mampu menyumbang terhadap kepupusan serangga secara global.

“Pengurangan penggunaan lampu yang terang dan berbentuk menghadap ke atas akan mengurangkan impak terhadap serangga yang terbang pada waktu malam,” katanya.

Baca Lagi:
Tun Daim disiasat skandal kewangan RM2.3 bilion dedah sumber
Misteri tenggelam kapal Titanic 110 tahun lalu akhirnya didedahkan dalam imbasan digital penuh
Dulu berpurdah, sekarang isteri penyanyi terpaksa buang sebab mahu kerja demi anak selepas suami kantoi langgan wanita lain
CATEGORIES