Akhirnya Peja akui Bersatu memang ada terima sumbangan besar

Akhirnya Peja akui Bersatu memang ada terima sumbangan besar

Akhirnya Peja akui Bersatu memang ada terima sumbangan besar. ‘Duit parti, kami simpan dalam akaun, ada keluar masuk, kami tulis elok-elok, tak simpan beratus-ratus juta wang tunai, jam mewah dalam rumah,” kata Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Membalas kenyataan Perdana Menteri yang meminta pimpinan tertinggi BERSATU menjelaskan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimana mampu mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat, beliau berkata, tiada keperluan untuk menjelaskan secara terperinci kepada umum.

“Tentunya pihak berwajib, iaitu SPRM akan siasat. Kalau kita ingat dulu, bila diselongkar, ambil barangan, antaranya berkotak-kotak jam dan beratus juta wang tunai dalam rumah di Pavilion, kemudian mengaku kata itu duit parti.
“Itu baru seorang (pemimpin parti politik), belum lagi jika timbalannya juga simpan duit entah di mana. Kami, duit parti kami simpan dalam akaun, ada (rekod) keluar masuk,” katanya ketika ditemui pada Kenduri Kesyukuran Perikatan Nasional (PN) Tambun, di sini hari ini.

Akhirnya Peja akui Bersatu memang ada terima sumbangan besar

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi PN sebelum ini mengakui parti memang ada mendapat sumbangan besar daripada entiti korporat dan entiti perniagaan yang semua itu direkodkan apabila melalui akaun bank.

“Sebelum ini kita dapat sumbangan yang besar daripada orang ramai, pihak korporat, orang berniaga yang bagi sumbangan kepada parti. Bezanya kita masukkan dalam akaun, ditunjukkan dengan jelas, tapi ini dikaitkan pula perkara tidak baik,” katanya.

SPRM pada Rabu lalu mengesahkan membekukan beberapa akaun milik BERSATU, dikatakan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram. Pembekuan dibuat sehari selepas parti itu mendedahkan penyata akaunnya kepada umum.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Tindakan pembekuan akaun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng ketika pelaksanaan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Baca Lagi:
Pakar kewangan dedah ramai rakyat mahu keluarkan duit KWSP sebab rasa belum tentu hidup selepas bersara
Rupanya ini asal-usul istilah nama kenderaan yang kita guna sekarang
Rahsia ‘ustaz dunia’ akhirnya terbongkar, hidup mewah hasil duit derma
CATEGORIES