Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya

Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya

Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya.

Pihak pendakwaan dalam rayuan rasuah Najib Razak memberitahu Mahkamah Persekutuan, bekas perdana menteri itu telah mengesahkan afidavit dalam satu tuntutan sivil, mengakui beliau tahu dana RM42 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya datang dari SRC International.

Pendakwa ad hoc V Sithambaram berkata, afidavit itu difailkan pada 23 Feb 2016 dalam saman Najib terhadap bekas ketua MCA Dr Ling Liong Sik.

Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya

Ling, bekas menteri pengangkutan, dilaporkan berkata pada majlis yang diadakan di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman pada 3 Okt 2015 bahawa Najib “mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaunnya”.

Najib memulakan tindakan undang-undang terhadap Ling pada tahun yang sama tetapi menarik balik saman itu pada 22 Mei 2018, sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tersingkir dari Putrajaya.

Sithambaram memberitahu panel lima hakim mahkamah tertinggi itu bahawa pembelaan Najib dalam kes sebelum ini adalah beliau tidak tahu sumber dana tersebut.

“Ini adalah pembohongan yang sengaja kerana beliau, dalam afidavitnya, mengesahkan pengetahuannya bahawa RM42 juta itu datang dari SRC International dan memasuki akaun banknya.

“Di sisi undang-undang, ini dikira pengakuan bertulis yang mencabar kepentingannya (sendiri),” katanya.

Dalam keterangannya semasa perbicaraan SRC International, peguam Ranjit Singh, yang bertindak untuk Ling dalam saman sivil tersebut, mengesahkan bahawa pasukan guaman Ling telah menerima afidavit Najib.

Pada Julai 2020, Najib disabitkan dengan tujuh tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta. Sabitan beliau dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lepas.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Perbicaraan diteruskan di hadapan panel yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Hakim lain yang bersidang termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Mohamad Diah.

Baca Lagi:

Curiga tengok guni bergerak dalam air, lelaki terkejut bila buka…Kejam betul manusia sekarang!

Ngeri ! Video pelajar sekolah parah dirempuh motosikal di garisan kuning depan sekolah

Penyanyi tersohor Indonesia selamba je peluk belakang Fazura

Leave a Reply

Your email address will not be published.