Akak jaga ibu saudara OKU terima hadiah Perodua Bezza dari Ebit Lew

Akak jaga ibu saudara OKU terima hadiah Perodua Bezza dari Ebit Lew

Akak jaga ibu saudara OKU dapat hadiah Perodua Bezza dari Ebit Lew.

Penjual askrim potong yang tular menjaga ibu saudara orang kelainan upaya (OKU) boleh menarik nafas lega selepas menerima hadiah kereta Perodua Bezza, sumbangan pendakwah bebas Ebit Lew yang mengunjunginya hari ini.

Ebit menerusi hantaran Facebook memberitahu, beliau bersyukur pada hari pertama Ramadan berpeluang menghadiahkan sebuah kereta kepada wanita disapa ‘akak’ yang viral kebaikannya menjaga ibu saudara OKU baru-baru ini.

“Sebak syukur rasa. Satu Ramadan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang viral kebaikannya menjaga makciknya sakit OKU dengan bawa berniaga kemana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu. Syukur pada Allah sangat-sangat.

“Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu. Baik layanan semuanya terus kami bayar cash kereta ini untuk hadiah pada kakak ini,” katanya dalam hantaran itu.

Akak jaga ibu saudara OKU terima hadiah Perodua Bezza dari Ebit Lew

Ebit berkata, wanita itu sebelum ini sedang dalam pengajian Ijazah Sarjana terpaksa berhenti belajar berikutan kekangan kewangan dan tanggjungjawab menjaga ibu saudara yang sakit.

“Akak ni kuat kerja jual aiskrim potong. Siapa nak beli aiskrim potong beliau akan hantar dengan motor roda tiga ke mana-mana. Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.

“Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan sponsor ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa,” ujarnya lagi.

Akak jaga ibu saudara OKU terima hadiah Perodua Bezza dari Ebit Lew

Kata Ebit, beliau terharu apabila melihat riak gembira ibu saudara wanita itu apabila mengetahui menerima hadiah kereta baharu bagi memudahkan pergerakan mereka berdua.

“Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru. Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya,” kata Ebit.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang peniaga wanita menaiki motosikal roda tiga bersama ibu saudaranya merupakan OKU dalam keadaan panas terik menerima reaksi pelbagai pihak.

Baca Lagi:

Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

Ini sebab jarang mimpi ‘Mak Ayah’ ramai yang tidak tahu soal ini..

CATEGORIES