‘Ajaib’, penduduk kampung terkejut surau 100% tenggelam air tapi sejadah imam bersih tak terusik langsung

‘Ajaib’, penduduk kampung terkejut surau 100% tenggelam air tapi sejadah imam bersih tak terusik langsung

‘Ajaib’, penduduk kampung terkejut surau 100% tenggelam air tapi sejadah imam bersih tak terusik langsung. Banjir teruk yang melanda beberapa negeri ketika ini banyak menenggelamkan rumah dan merosakkan harta benda.

Namun, berlaku satu kejadian ajaib semasa banjir, melibatkan sebuah surau.

Seluruh tempat beribadat itu dan kawasan sekitarnya dilanda banjir serta berlumpur selepas surut, tapi ruang solat imam kelihatan kering seperti tidak terusik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menerusi perkongsian di laman sosial, dua foto menunjukkan keadaan di dalam surau berkenaan yang mempunyai kesan lumpur berwarna coklat.

Bagaimanapun, ruang solat imam yang menempatkan sehelai sejadah beserta alasnya tidak mempunyai walau secalit lumpur, malah kelihatan baharu.

Menurut seorang pengguna TikTok, kejadian berlaku di surau Padang Kubu di Kampung Padang Kubu di Kemaman, Terengganu, selepas dilanda banjir pada Ahad lalu.

'Ajaib', penduduk kampung terkejut surau 100% tenggelam air tapi sejadah imam bersih tak terusik langsung

“Allahurabbi, hebat caturan Dia sikit pun tempat solat imam tak kena selut. Padahal kawasan ni 100 peratus masuk air dan berselut.

“Team kakak ngaji bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda banjir besar,” tulisnya menerusi keterangan video di akaun @yahiibrahimkhan.

Menurut individu itu yang memaklumkan banjir mulai surut pada Isnin, air mulanya naik mencecah paras pinggang.

“Kalau fikir logik, memang tak masuk akal sedangkan air paras pinggang,” katanya di ruang komen bagi mengulas respons netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kebesaran Allah SWT terhadap kejadian yang menakjubkan itu.

Segelintir mereka seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat, tetapi akur dengan kekuasaanNya.

“Macam tak percaya… tapi itulah bukti Allah Maha Kuasa.

“Kekuasaan Allah SWT. Allahuakbar.

“Di situlah kita tengok bagaimana Allah sayang kepada orang yang taat kepada Dia.

“Itu tandanya Dia memberi peringatan kepada kita supaya jangan lalai sebab kasih sayangnya yang tidak terhingga,” demikian antara komen netizen.

'Ajaib', penduduk kampung terkejut surau 100% tenggelam air tapi sejadah imam bersih tak terusik langsung

Sementara itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka selepas kediaman dilanda banjir, yang menunjukkan tanda kebesaran Allah SWT.

“Rumah saya pun sama, sejadah dan telekung tak basah. Allahuakbar.

“Masa rumah saya banjir tahun lepas, al-Quran dalam rumah dalam keadaan baik sedangkan almari yang berat boleh jatuh. Besar kuasa Allah.

“Masa rumah terbakar hari tu, semua terbakar kecuali al-Quran. Ayat tepi-tepi kertas tu terbakarlah kecuali ayat-ayat al-Quran. sungguh kebesaran Allah,” komen beberapa netizen.

Video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 1.6 juta tontonan dalam tempoh lima jam.

Baca Lagi:
Puteri Sarah dedah Syamsul Yusof sudah berkahwin dengan Ira Kazar, Yusof Haslam mula bersuara
Anwar Ibrahim pecat Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara
Setiap hari kucing lepak dekat rumah kosong, macam ada sesuatu…Satu keluarga datang pujuk tapi lain yang jadi
CATEGORIES