Aisar Khaled bagi duit raya RM1,000 kepada follower, tapi netizen kantoikan apa yang berlaku sebenarnya

bbe2d69e 5ef4 4d4c 9075 e3c7c40709cf

Aisar Khaled bagi duit raya RM1,000 kepada follower, tapi netizen kantoikan apa yang berlaku sebenarnya.

Tindakan YouTuber Aisar Khaled membuat cabarannya meminta orang ramai mencari duit raya bernilai RM1,000 yang diletakkan di sebuah lokasi tersembunyi rupa-rupanya hanya gimik.

Perkara itu dibongkarkan netizen yang mendedahkan individu berjaya mendapat duit raya tersebut adalah saudaranya sendiri.

Menerusi hasil penyiasatan sebuah akaun @tehais, Aisar pernah bergambar dengan individu yang dikenali sebagai Syakir itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Oleh yang demikian ramai yang beranggapan, YouTuber tersebut sudah berpakat dengan saudaranya itu bagi menghasilkan ‘content’ terbabit.

“Aisar buat kerja tak clean. Mungkin Aisar nak bagi duit raya dekat cousin dia. Kita husnuzon okey geng!

“Dah kantoi saudara sendiri yang ambil. Baik sedekah dekat anak yatim dapat fadhilatnya.

“Kesian orang datang cari duit tu tak jumpa, rupanya dah bagi dekat saudara sendiri” ujar beberapa netizen.

Aisar Khaled bagi duit raya RM1,000 kepada follower, tapi netizen kantoikan apa yang berlaku sebenarnya

Pada Rabu, Aisar memuat naik video di TikTok yang menunjukkan duit raya bernilai RM1,000 diletakkan di kawasan tersorok di Terengganu dengan meminta orang ramai datang mengambilnya.

“Di tangan Aisar ada RM1,000. Aisar letak duit satu tempat. Awak jumpa tag Aisar tau, Aisar kongsi duit raya RM1,000 ni,” ujarnya.

Kemudian seorang lelaki bernama Syakir mengucapkan terima kasih kerana sudah menjumpai duit tersebut dan mahu menggunakannya untuk menampung pengajian.

Sehingga kini video yang dimuat naik pada petang Rabu itu kini sudah mencecah 1.8 juta tontonan di TikTok miliknya.

Untuk rekod, Aisar sebelum ini pernah dikecam beberapa kali termasuk merakam video di kubur Allahyarham Siti Sarah tanpa mengambil kira sensitiviti ahli keluarga demi kandungan siaran YouTube miliknya.

@.tehais Murah rezeki Aisar #fyp #kazen ♬ Dunia Tipu Tipu – D’Reko

Baca Lagi:

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

KJ tarik balik rayuan kes ‘main belakang’ terhadap Anwar

Contoh yang baik, wanita ini bagi duit raya pada rider Foodpanda OKU, terus ramai datang bagi duit raya juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published.