Ahli politik ‘kantoi’ dirakam cctv tengah main judi online dalam dewan sidang wakil rakyat

Photo of author

By Joe

Ahli politik ‘kantoi’ dirakam cctv tengah main judi online dalam dewan sidang wakil rakyat. Seorang ahli wakil rakyat DPRD DKI Jakarta ‘kantoi’ dirakam kamera secara langsung sedang bermain judi secara dalam talian baru-baru ini.

Lebih mengejutkan lagi, ahli politik berkenaan kelihatan khusyuk bermain slot judi online berkenaan ketika berada dalam dewan sidang wakil rakyat sedang berlangsung.

Aksinya itu dirakam ketika pihak media sedang membuat liputan sidang berkenaan.

Ahli politik 'kantoi' dirakam cctv tengah main judi online dalam dewan sidang wakil rakyat

Ketika ditemu bual wartawan, wanita berkenaan mengaku bermain permainan dalam talian pada ketika itu.

“Nak menunggu sidang rakyat untuk bermula tadi kan lama. Saya bosan dan terus main permainan online bersama rakan,” katanya.

Namun, dia menafikan bermain judi online pada waktu itu.

“Bukan judi online tetapi Candy Crush. Saya letak tablet meja ketika menunggu masa untuk bersidang.

“Tadi bosan tunggu lama. Kalau ikutkan bermula pukul 1 petang tetapi pukul 3 petang baru bersidang,” katanya.

@emoztiawan main slot judi online saat rapat paripurna ini anggota dprd loh ?? 🤔 bagaimana tanggapan kalian netizen ?? #dprd #dprddkijakarta #judisloot #viral ♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

Memetik laporan media antarabangsa, Tribun Jambi, rakaman itu diambil ketika berlaku gangguan teknikal melibatkan sistem audio dalam dewan sekali gus menyebabkan sidang tersebut terhenti seketika.

Pada momen itulah, wakil rakyat tersebut dilihat bermain permainan judi online tersebut menggunakan peranti pintar tablet miliknya yang diletakkan di atas meja.

Baca Lagi:
PRN: AMANAH mahu lawan UMNO di DUN Kota
Lelaki ini dedah rahsia bagaimana SJKC boleh kumpul dana berjuta-juta ringgit
Lelaki zaman sekarang dah tak laku?, ini punca utama kenapa ramai wanita kahwin lambat