Ahli perniagaan 67 tahun mati mengejut ketika lakukan hubungan seks dengan isteri orang

Ahli perniagaan 67 tahun mati mengejut ketika lakukan hubungan seks dengan isteri orang

Ahli perniagaan 67 tahun mati mengejut ketika lakukan hubungan seks dengan isteri orang. Seminggu selepas polis menemui mayat seorang lelaki berusia 67 tahun dalam beg plastik, siasatan terhadap kematian itu mendedahkan bahawa mangsa mati akibat serangan jantung ketika melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

Lebih mengejutkan, mayat mangsa telah dilupuskan oleh wanita itu bersama suami serta abangnya sendiri, dedah polis Bengaluru, India.

Ahli perniagaan berusia 67 tahun itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan yang bekerja sebagai pembantu rumahnya.

Ahli perniagaan 67 tahun mati mengejut ketika lakukan hubungan seks dengan isteri orang

Mangsa yang dikenali sebagai Bala Subramanian telah mengunjungi rumah teman wanitanya pada 16 November dan meninggal dunia di atas katil akibat diserang sakit jantung ketika melakukan hubungan seks.

Suspek yang juga kekasih gelapnya bimbang jika kejadian itu menjadi perhatian masyarakat dan mencalarkan imejnya.

Dia kemudiannya segera menghubungi suami dan abangnya untuk membungkus mayat ahli perniagaan itu di dalam beg plastik dan membuangnya di tempat terpencil di JP Nagar.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku telah melupuskan mayat teman lelakinya itu kerana bimbang akan didakwa pihak berkuasa atas kes pembunuhan tersebut.

Baca Lagi:
MB Negeri Sembilan sedia lepas jawatan
Tular [VIDEO] Remaja tampar, cubit budak sampai ‘terangkat’
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
CATEGORIES