Ahli Parlimen PN Kuala Kangsar isytihar sokong Anwar Ibrahim

Photo of author

By Joe

Ahli Parlimen PN Kuala Kangsar isytihar sokong Anwar Ibrahim . Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengisytiharkan bahawa beliau akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat untuk penduduk kawasannya.

Iskandar dari Bersatu berkata sokongan beliau berkuatkuasa hari ini bertujuan untuk melihat samada Anwar akan mengotakan janjinya berkenaan dana peruntukan kawasan untuk ahli parlimen.

“Saya percaya ekonomi akan dipulihkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu saya akan menyokong usaha Perdana Menteri mengukuhkan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada akhbar Star.

Ahli Parlimen PN Kuala Kangsar isytihar sokong Anwar Ibrahim

Walau bagaimanapun beliau menegaskan akan kekal di dalam parti Bersatu.
“Saya sama sekali tidak akan mengkhianati parti saya, Bersatu dalam apa jua keadaan. Saya menjunjung prinsip kesetiaan.”

Meskipun berdepan dengan risiko tindakan disiplin oleh partinya, Iskandar tidak sanggup melihat penduduk kawasannya terbiar dan ketinggalan kerana perbezaan politik.

“Oleh itu saya mengambil keputusan menyokong usaha kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum seterusnya,” katanya.

Untuk rekod Anwar menegaskan bahawa peruntukan dana kawasan parlimen untuk ahli parlimen pembangkang akan disalurkan sekiranya blok PN berunding dengan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah mengesahkan tiada usaha rundingan untuk peruntukan dana kawasan diterima dari blok PN.

Baca Juga : 

“Sejak dalam kandungan lagi mama benci aku, mama pernah ludah muka aku, sekarang mama sakit ini yang aku balas..”
“Aku ada banyak duit, siap hantar anak ke tadika paling mahal, tiba-tiba cikgu tanya satu soalan ni buat aku dan isteri tak tahu nak jawab apa”
Maksud di sebalik nombor 786 di kedai mamak yang ramai tak tahu