Ahli Parlimen PAS cadang poligami untuk selesaikan masalah wanita yang belum kahwin

Photo of author

By Joe

Ahli Parlimen PAS cadang poligami untuk selesaikan masalah wanita yang belum kahwin. Dalam pada banyak masalah yang menimpa negara, ahli politik daripada parti PAS ini tampil dengan mengetengahkan isu yang dianggap orang ramai sebagai menyimpang jauh.

Terbaharu, Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mencadangkan kepada parlimen bahawa penyelesaian untuk wanita Malaysia yang berkahwin lewat adalah dengan poligami.
Jelasnya, terdapat hampir 8.4 juta wanita Malaysia yang belum berkahwin dan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah ini adalah poligami.

Ahli Parlimen PAS cadang poligami untuk selesaikan masalah wanita yang belum kahwin

Di mana lelaki muslim boleh mempertimbangkan untuk menambah isteri bagi menyelesaikan masalah lewat kahwin.

“Ini bukan penyelesaian muktamad untuk masalah ini tetapi ini (poligami) akan memberi mereka ‘jalan keluar’,” katanya.

Beliau menekankan bahawa perkataan poligami telah menjadi isu sensitif dan jika menyebut perkataan itu kini terasa seperti melakukan jenayah.

Tambahnya lagi, kementerian yang bertanggungjawab sepatutnya bersikap rasional dengan isu ini dan memberi sokongan moral kepada wanita yang belum berkahwin.

Baca Lagi:
“Orang dulu-dulu cakap petanda banjir besar bakal berlaku”, ikan tapah 70kg ditemui di Terengganu
Lelaki dapat durian runtuh selepas 22 tahun tak jumpa, kawan lama bayar hutang RM46,700 secara cash
Kisah di sebalik mesin basuh, Ina Naim akhirnya buka cerita sebenar yang ramai salah anggap ketika arwah Suhaimi Saad masih hidup