Ahli Parlimen mahu beli jubah Messi bernilai RM4.43 juta

Ahli Parlimen mahu beli jubah Messi bernilai RM4.43 juta

Ahli Parlimen mahu beli jubah Messi bernilai RM4.43 juta. Seorang peguam dari Oman, Ahmed Al Barwani yang juga ahli parlimen negara itu membuat tawaran untuk membeli jubah yang dipakai kapten Argentina, Lionel Messi ketika menjulang Piala Dunia 2022.

Menerusi ciapan di Twitter, Barwani membuat tawaran AS$1 juta (RM4.43 juta) untuk membeli jubah tersebut.

Tujuan Barwani adalah untuk memastikan pakaian yang kini dianggap sebahagian peristiwa bersejarah kekal di Asia Barat.

Ahli Parlimen mahu beli jubah Messi bernilai RM4.43 juta

Jubah yang digelar bisht oleh masyarakat tempatan itu di­sarungkan kepada Messi sebelum dia menjulang trofi.

Ia adalah pakaian tradisional masyarakat Arab yang sering ­dipakai oleh individu berstatus tinggi.

Ahli Parlimen mahu beli jubah Messi bernilai RM4.43 juta

“Saya berada di stadium ketika itu menyaksikan detik bersejarah Emir Qatar menyarungkan bisht kepada Messi.

“Bisht akan dipertontonkan kepada semua bagi terus mengingati detik membanggakan ini, dan dalam masa sama me­ngingatkan kami bahawa kami bo­leh melakukannya,” kata Barwani.

Baca Lagi:
“Pakai telekung harga RM6,080 ini baru tetamu VIP Allah” – Haliza
Dulu gaji masyuk sampai beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang terjadi pada pemain bola sepak Kedah ini
Ramai kawan gelakkan aku jual kayu api dekat KL, – Dia tak tahu income aku setiap hari RM600
CATEGORIES