Ahli Parlimen JB dakwa terima ugutan bunuh dari penyokong UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Ahli Parlimen JB dakwa terima ugutan bunuh dari penyokong UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Ahli Parlimen JB dakwa terima ugutan bunuh dari penyokong UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir mendakwa menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali sejak Khamis lalu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata, ugutan bunuh itu diterimanya hanya beberapa hari sebelum Pejabat Cabang PKR Johor Bahru yang juga merupakan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru di Jalan Idaman 3, Taman Larkin dibakar, awal pagi ini.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kebakaran tersebut berpunca daripada lima tayar yang dikumpulkan di hadapan pintu pejabat sebelum api dinyalakan. Akibat kebakaran itu, beberapa kerosakan berlaku, antaranya kunci roller shutter rosak, dua unit penyaman udara, dinding pejabat dan beberapa barangan lain,” katanya ketika ditemui di pejabat cabang berkenaan, di sini.

Ahli Parlimen JB dakwa terima ugutan bunuh dari penyokong UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akmal berkata, ekoran kebakaran itu, dia kemudian memeriksa akaun media sosial miliknya sebelum mendapati telah menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

“Individu berkenaan meninggalkan satu mesej bertulis dan 27 mesej suara pada hari Khamis dan Jumaat lepas yang mengandungi ugutan bunuh, bahasa kesat serta makian. Saya tidak pasti sama ada ugutan dan kebakaran itu melibatkan individu yang sama, namun untuk mengatakan kedua-duanya hanyalah kebetulan adalah sedikit pelik kerana perbezaan tempoh masanya yang dekat,” jelasnya.

Dakwanya, individu yang memaki dan mengugutnya itu mengaku sebagai seorang penyokong UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan tentang kejadian tersebut di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada pukul 2.15 petang tadi dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima laporan tentang dua kejadian itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pelantikan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai Pengerusi PKR Johor bukan satu kepastian bahawa bekas Ahli Parlimen Pandan itu akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, ini kerana majoriti kepimpinan negeri yang baharu dilantik mempunyai kawasan mereka sendiri sebelum ini.

Rafizi, menurutnya, bukan sahaja menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, malah juga Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Keputusan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan juga kepimpinan parti untuk meletakkan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden memimpin PKR negeri adalah langkah strategik yang diambil selepas pemilihan parti baru-baru ini.

“Langkah ini dibuat secara keseluruhan, dengan niatnya apabila yang dilantik itu merupakan kepimpinan Pusat, segala arahan, maklumat dan gerak kerja strategik negeri akan dimaklumkan terus kepada peringkat Pusat,” katanya

Sumber: UM

Baca lagi:

‘Besar kemungkinan’ Najib dapat pengampunan, kata Mahathir

Lelaki misteri muncul tiba-tiba buat kecoh ketika perbicaraan kes Najib

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

CATEGORIES