Ahli keluarga bantu lelaki kerat kekasih, mayat dibuang dalam perigi

Ahli keluarga bantu lelaki kerat kekasih, mayat dibuang dalam perigi

Ahli keluarga bantu lelaki kerat kekasih, mayat dibuang dalam perigi. Kehilangan seorang gadis sejak awal bulan ini terjawab apabila mayatnya yang dikerat enam ditemukan dibuang dalam sebuah perigi di Uttar Pradesh, India pada Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Aradhana Prajapati dilaporkan hilang pada 9 November lalu oleh keluarganya selepas keluar dari rumah untuk bertemu rakan.

Siasatan polis kemudian mendapati mangsa sebenarnya bertemu dengan teman lelakinya di sebuah kuil di perkampungan Paschimi di Azamgarh.

Pertemuan itu dirancang suspek utama pembunuhan, Prince Yadav selepas mengetahui mangsa akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Ahli keluarga bantu lelaki kerat kekasih, mayat dibuang dalam perigi

“Suspek cuba memujuk mangsa untuk mengubah fikiran bagi membatalkan perkahwinan itu.
“Namun mangsa enggan kerana takut dimarahi keluarga. Suspek yang naik berang mencekik mangsa hingga mati.
“Bagi menghapuskan bukti, suspek bertindak mengerat tubuh mangsa dengan bantuan ibu dan bapa saudara serta dua sepupunya,” menurut sumber polis.

Pembunuhan itu terbongkar selepas beberapa penduduk kampung menemui mayat wanita yang kerap dilihat bersama suspek dibuang di dalam dasar perigi.

Semasa proses soal siasat, suspek mengaku membunuh mangsa pada 10 November lalu sebelum dibawa ke lokasi mayat wanita malang itu dibuang.

Setibanya di lokasi mayat mangsa dibuang, suspek mencapai pistol buatan sendiri yang sebelum ini disorok dalam semak dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang mengiringinya.

Suspek bagaimanapun ditembak dan mati serta-merta di lokasi kejadian.

Kes itu berlaku kurang seminggu selepas pembongkaran pembunuhan kejam Shraddha Walkar yang dikerat 35 bahagian oleh pasangannya di Delhi.

Shraddha dibunuh pada 18 Mei lalu selepas bertengkar dengan Aftab Ameen Poonawala.

Mayat mangsa disimpan selama beberapa bulan di dalam peti ais dan suspek membuangnya pada masa yang berlainan.

Baca Lagi:
27 MP BN masih belum mengadap Agong timbul tanda tanya
Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan polis
Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cabar Muhyiddin dedah senarai 115 MP yang menyokong
CATEGORIES