Agong titah agar kerajaan perpaduan diwujudkan, tetapi Muhyiddin kata NO!

Agong titah agar kerajaan perpaduan diwujudkan, tetapi Muhyiddin kata NO!

Agong titah agar kerajaan perpaduan diwujudkan, tetapi Muhyiddin kata NO! Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa partinya masih tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Difahamkan, segalanya bermula selepas pihaknya menghantar surat akuan bersumpah (SD) ke Istana Negara pada semalam.

Tegas Muhyiddin, jumlah kerusi yang dipersetujui adalah melebihi 112 kerusi dan meyakini bahawa kerajaan persekutuan di bawah PN wajar ditubuhkan, namun ia dikatakan ‘tidak mencukupi;’.

“Sebab itu kami yakin kami sewajarnya boleh membentuk kerajaan.
“Tapi maklumlah bila saya menghadap tadi, ada yang dikatakan yang ini (SD) tidak mencukupi. Saya tidak tahu apakah sebab-sebab di sebalik itu.
“Tapi buktinya ada di sini (menunjuk dokumen SD),” katanya dalam satu sidang media sebentar tadi.
Agong titah agar kerajaan perpaduan diwujudkan, tetapi Muhyiddin kata NO!

Sehubungan itu Muhyiddin diminta oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menandatangani persetujuan bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan perpaduan.

“Jadi selepas itu, kerana dikatakan tidak ada suatu pun jumlah bilangan yang mencukupi, Tuanku mencadangkan untuk kita bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan.
“Tetapi kami telah membincangkan sejak awal lagi kami tidak akan bekerjasama dengan PH. Itu pendirian parti sejak dulu sampai ke hari ini atas tujuan apa sekalipun, kita tak bersetuju,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, walaupun tanda tangan diturunkan namun beliau tetap kekal dengan pendiriannya untuk menolak kerjasama seperti yang dicadangkan YDPA tersebut.

“Tadi saya diminta (oleh YDPA) untuk menandatangani dokumen yang diletakkan supaya kalau kami bersetuju.

“Saya sign tapi jawab atas (dipercayai tulis nota di surat) ‘TIDAK BERSETUJU’.

“Kita sepakat atas sebab-sebab yang kita tahu kenapa kita tak bekerjasama dengan PH. Itu keputusan yang kami ambil,” tambahnya mengakhiri sidang media.

Info lanjut menyusul kemudian.

Baca Lagi:
TERKINI!! YDPA akan bertemu 30 MP BN esok
Jawatan PM masih kosong dan terbuka kata Anwar
Muhyiddin selesai jumpa Agong, kembali ke kediaman Bukit Damansara
CATEGORIES