ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia

ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia

ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan N67 Jepak, Datuk Dr Talib Zulpilip meninggal dunia pada petang Jumaat di Pusat Rawatan Pakar Normah.

Allahyarham yang genap 72 tahun pada 13 September lalu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.50 petang setelah tekanan darahnya susut mendadak.

Difahamkan, bekas Menteri Ombudsman dan Integriti Sarawak itu dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Pusat Rawatan Pakar Normah pada Khamis akibat komplikasi buah pinggang dan beberapa sakit lain.

ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Dr Zaliha Abdullah dan empat anak, termasuk dua anak tiri.

Beliau merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.
Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Jepak selama lima penggal dan memenangi PRN ke-12 atas Gabungan Parti Sarawak dan memperoleh majoriti 6,277 undi.

Talib memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam di Unit Perancangan Negeri pada tahun 1976, sebelum dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SDEC) sejak tahun 1995.

Beliau kemudian mula berkhidmat sebagai ADUN pada tahun berikutnya 1996.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada jam 9 malam ini.

Baca Lagi:
Chef dedah rahsia dunia masakan yang ramai tak tahu, diminta hati-hati yang selalu makan di kedai
Pernah tak terfikir kenapa rakyat Malaysia memandu kereta sebelah kiri jalan?, rupanya ada kaitan dengan dulu-dulu
Bermula upah RM60, pelajar UniSZa raih pendapatan RM3,500 jadi tukang cuci
CATEGORIES