“Adik-beradik mak lain bapak lain”-Netizen

“Adik-beradik mak lain bapak lain”-Netizen

“Adik-beradik mak lain bapak lain”-Netizen. Seorang lelaki bermati-matian mendakwa wanita bersamanya dalam bilik hotel bajet di Klebang, dekat sini adalah adik kandung ketika mereka diperiksa oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketika pemeriksaan jam 1.55 pagi kelmarin, lelaki berusia 29 tahun itu bertegang urat dengan penguat kuasa JAIM mendakwa dia dan wanita berusia 28 tahun dalam bilik terbabit adalah dua beradik.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata terdahulu penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu bilik dibuka kuasa untuk pemeriksaan.

"Adik-beradik mak lain bapak lain"-Netizen

“Ketika diminta menjelaskan situasi berdua-duaan dengan seorang wanita, lelaki itu berkali-kali mendakwa perempuan itu adiknya, namun gagal memberikan sebarang bukti atau dokumen berkaitan.

“Selepas hampir lima minit menjelaskan perkara itu, mereka akhirnya mengaku bukan adik-beradik dan bermalam di situ atas alasan mahu berehat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Che Sukri, pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung hingga mendatangkan syak dengan dengan seorang perempuan bukan muhrim.

Katanya, mereka antara 10 pasangan berusia 19 hingga 56 tahun yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu Cina di kawasan Simpang Ampat dan Rembia, Alor Gajah, awal pagi Ahad lalu.

“Seksyen 53 enakmen memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“Kejayaan operasi ini hasil kerjasama orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (RASIM) yang menyalurkan maklumat dan membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat,” katanya.

Baca Lagi:
Perompak Foodpanda: Remaja 25 tahun berjaya memesan makanan bernilai lebih RM567,548 tanpa bayar satu sen
7 mangkuk cendol durian di Melaka berharga RM279,30
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
CATEGORIES