
Adi Putra reda nama tiada dalam filem kedua Mat Kilau, ini kata-kata beliau buat ramai terkejut
Adi Putra reda nama tiada dalam filem kedua Mat Kilau, ini kata-kata beliau buat ramai terkejut. Memegang watak utama dalam filem Mat Kilau, pelakon Datuk Adi Putra sebelum ini mengakui menerima bayaran paling mahal.
Bagaimanapun Adi lebih selesa mengunci mulut untuk mendedahkan jumlah sebenar bayaran yang diterima.
Ya memang benar bayaran mahal. Sebab ia memerlukan k.udrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih.
Ia bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa jumlahnya? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu, katanya.
Nama Tiada Dalam Sambungan Mat Kilau
Pelakon Datuk Adi Putra mengesahkan tidak akan terlibat dalam filem Mat Kilau 2. Perkara itu disahkan selepas menerima kenyataan daripada penerbit filem berkenaan.
Adi yang membawa watak utama dalam Mat Kilau berkata dia reda dan tidak mempersoalkan mengenai keputusan tersebut.
Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat.
“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya.
Dalam pada itu, Adi berkata dia tiada kuasa untuk menentukan barisan pelakon yang membintangi filem tersebut.
Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.
Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.
“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” katanya.
Untuk rekod, filem Mat Kilau Keban.gkitan Pahlawan berjaya memecahkan rekod apabila menjadi filem yang paling banyak ditonton dengan berjaya mengutip hampir RM 100 j.uta.