“Ada yang berani lalu ke?”- Jambatan paling tinggi di dunia bakal siap tahun 2025

Photo of author

By Joe

“Ada yang berani lalu ke?”- Jambatan paling tinggi di dunia bakal siap tahun 2025. Gambar pemandangan dari udara yang baharu menunjukkan sebuah jambatan tertinggi di dunia sedang giat dibina di China, lapor portal berita Daily Express UK kelmarin.

Dinamakan Jambatan Ngarai Besar Huajing, struktur yang dibina di wilayah Guizhou, barat daya China itu dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan melintasi ngarai Huajing dari 70 minit kepada hanya satu minit.

Jambatan ini dibina pada ketinggian 624.84 meter dari Sungai Bedpan, setinggi dua Menara Eiffel di Paris.

"Ada yang berani lalu ke?"- Jambatan paling tinggi di dunia bakal siap tahun 2025

Projek mega ini dijangka siap pada tahun 2025 selepas hampir tiga tahun, dengan ratusan jurutera terlibat dalam proses perancangan dan pembinaannya.

Jambatan itu mempunyai panjang 2.81 kilometer.

Ketua jurutera projek tersebut, Liu Hao, berkata bahawa pekerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan ini berumur 35 tahun dan ke bawah.

“Golongan muda cenderung menerima perkara baharu dengan lebih mudah tanpa dipengaruhi oleh pengalaman. Mereka juga mempunyai keupayaan yang kuat untuk melakukan perubahan,” kata Hao.

Menurut laman web kejuruteraan, Highestbridges.com, sebanyak 18 daripada 20 jambatan tertinggi di dunia berada di China.

Baca Lagi:
Penduduk mula risau, muncul lagi lubang depan Pangsapuri Seri Seraya
“Tempat paling tidak selamat diduduki di Malaysia adalah di Kuala Lumpur”- Posting FB lelaki ini pada tahun 2015 kembali tular
Atlet Taekwondo Terengganu gemparkan warganet umum masuk Islam selepas menang pingat emas SUKMA 2024