Ada sebab kenapa lebih 20 tahun parkir kereta masuk kepala dulu. Parkir mengundur merupakan salah satu cara untuk memudahkan pemandu keluar dari kawasan letak kereta dengan lebih mudah.
Namun, ada satu kisah menarik di mana seorang penghuni kawasan perumahan melakukan sesuatu yang berbeza daripada penduduk lain, yang telah mencuri perhatian netizen.
Menerusi video TikTok @zamal_jiwamalaikat, kelihatan sebuah kereta Honda yang tidak diletakkan dalam keadaan parkir mengundur seperti kereta-kereta lain.
Apabila ditanya mengapa pemilik Honda City itu melakukan sedemikian, jawapannya ternyata membuatkan orang ramai kagum dan menghormati keperibadiannya yang tinggi.
“Apabila ditanya kenapa, dia menjawab bahawa dia tidak mahu asap karbon monoksida dari enjin keretanya masuk ke rumah jiran-jirannya,” kata TikTok @zamal_jiwamalaikat.
Ramai warganet memuji sikap pemilik Honda tersebut yang telah menunjukkan kebiasaan yang baik selama 20 tahun tinggal di kawasan perumahan itu.
@zamal_jiwamalaikat kekadang Kita hanya nampak KEKURANGAN namun RUPANYA niatnya sangat baik WALAU sekecil INI di ambil berat dan Mari Kita doakan agar EMPUNYA niat ITU di mudahkan urusan dan dilimpahkan REZEKI YG TAK putus dari ALLAH SWT. #kerenah #jiran #perihatin #JIWAMALAIKAT #AKADEMITTSOCIETY @AB ANUAR @AKMA ALEE ….. @YUZARUL @mohamadhalimhusna @mokhtarabubakar2 @CIKUN 🆃🆂🅲 @kayazlee @mfaqahah ♬ original sound – JIWA MALAIKAT
Orang ramai mendoakan kesejahteraan buat pemilik Honda City kerana mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap jiran-jirannya yang tinggal di tingkat bawah.
Dalam masa yang sama, warganet berharap tindakan tersebut dapat mengajar masyarakat untuk meletakkan kenderaan dengan lebih bijaksana mengikut waktu dan lokasi setempat.