Ada masalah peti ais atas sejuk tapi bawah tak sejuk?, Ini cara baiki tak perlu keluarkan modal satu sen pun. Masalah di mana bahagian atas peti ais berfungsi dengan baik tetapi bahagian bawah tidak, adalah antara masalah biasa yang dihadapi apabila menggunakan peralatan elektrik ini selama beberapa tahun.
Bagi sesiapa yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba cara yang dikongsi oleh Muhammad Rofiq dalam perkongsian di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Cara ini dikongsi oleh sahabatnya yang bekerja sebagai pakar membaiki peti sejuk.
Berikut adalah cara untuk membaiki peti ais yang mungkin bermanfaat:
Peti ais ini mengalami masalah di mana bahagian atas sejuk tetapi bahagian bawah tidak.
Selepas berbincang dengan sahabat yang mahir membaiki peti ais, disarankan untuk mematikan peti ais dan meninggalkannya ditutup sekurang-kurangnya 24 jam. Selepas itu, hidupkan semula peti ais.
Sebabnya ada ais yang beku di antara lubang angin atas dan lubang keluar di bahagian bawah.
Setelah mengikuti cara ini, alhamdulillah semuanya sudah kembali normal.
Walau bagaimanapun, jika masalah yang sama berulang, disarankan untuk menggunakan perkhidmatan teknisi untuk membaikinya. Terdapat kemungkinan bahagian lain yang rosak seperti sensor termal, timer, atau pemanas.
Sumber: FACEBOOK