Ada apa sebenarnya dengan pulau Diego Garcia

Ada apa sebenarnya dengan pulau Diego Garcia

Ada apa sebenarnya dengan pulau Diego Garcia.

Proses pencarian penerbangan pesawat MH370 telah membawa pelbagai maklumat geografi yang jarang diketahui sebelum ini kepada orang ramai. Antaranya, pulau terumbu karang di tengah-tengah Lautan Hindi, Diego Garcia, secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai.

Jaluran pulau yang berbentuk kaki manusia ini pernah muncul di dalam media massa sewaktu peristiwa tsumami 2004. Ia terselamat kerana kedudukannya yang agak terlindung serta terdapat satu jurang dalam berhampirannya telah mencegah badai besar tsunami tersebut.
Kini, terima kasih di atas pelbagai andaian teori konspirasi yang mengaitkannya dengan kehilangan pesawat MH370, pulau terumbu Diego Garcia, sekali lagi menjadi topik hangat berita dunia.

Ada apa sebenarnya dengan pulau Diego Garcia

Sebagai pulau yang menjadi pangkalan tentera US serta pusat perisikannya, kewujudan pulau ini diselubungi pelbagai rahsia. Buku bertajuk Islands of Shames, yang ditulis oleh Prof Madya David Vines telah menerangkan secara terperinci tentang bagaimana banyak pihak tidak tahu pangkalan berkenaan pernah digunakan untuk operasi ketenteraan US di Afghanistan dan Iraq.

Ia juga berkemungkinan menempatkan penjara rahsia CIA untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan dan penyeksaan individu-individu yang disyaki pengganas. Hasil temuramah dari ‘orang-orang dalam’ Washington dan pakar strategi ketenteraan, buku berkenaan dikatakan melaporkan secara terperinci kegiatan sulit pulau Diego Garcia serta sejarahnya yang mengakibatkan penduduk asal pulau berkenaan dihalau keluar.
Akhbar Britain, The Daily Telegraph melaporkan pada 2 April lalu berkenaan tuntutan penduduk asal kepulauan Chagos untuk kembali ke Diego Garcia semenjak mereka dihalau oleh kerajaan British pada dekad 60an

Kedudukan Pulau Diego Garcia

Ada apa sebenarnya dengan pulau Diego Garcia

Jarak antara pulau Diego Garcia dengan pantai timur Afrika dianggarkan sebanyak 3,600 km. Manakala jaraknya dari pantai barat Australia adalah 4,700 km. Secara tidak langsung, ia meletakkan kedudukannya betul-betul di tengah-tengah Lautan Hindi. Jika diukur jaraknya dari Malaysia pula, ia dianggarkan sekitar 3,500 km.

Geografi

Terumbu ini adalah yang paling besar serta paling selatan di dalam gugusan kepulan Chagos. Pulau ini terhasil daripada batu karang yang terbentuk dari aktiviti volkanik di atas titik panas Réunion. Lokasinya pula betul-betul di luar laluan taufan siklon, ini menjadikannya tempat paling strategik untuk kapal-kapal berlindung. Keluasan pulau berkenaan merangkumi 170 km persegi, serta panjang 24 km dan lebar 11km. Ini bersamaan 20 kali keluasan Pulau Pangkor. Pada bahagian utara pulau tersebut, terdapat bukaan sepanjang 6 km yang membentuk lagun.

Lokasi Percutian?

Berdasarkan imej-imej keindahan yang memukau serta air laut yang jernih diperoleh dari internet, mungkin ramai yang menyangka Pulau Diego Garcia adalah pulau yang indah untuk dijadikan tempat percutian. Ia juga pernah mendapat liputan di dalam laman-laman web pelancongan seperti TripAdvisor dan Virtual Tourist.
Menurut cruisingoutpost.com, pulau ini turut menempatkan kawasan perikanan antara terbaik di dunia dengan pelbagai jenis ikan berkumpul termasuklah kembong, cencaru, jenahak, parang dan lain-lain.
Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh laman rasmi kerajaan British, gov.uk, British Indian Ocean Territory ditadbir secara terus dari London. Tiada sebarang perwakilan atau konsulat British di pulau berkenaan dan ia BUKAN sebuah destinasi pelancongan. Akses ke Diego Garcia adalah terhad.
Tiada sebarang permit dikeluarkan untuk pesawat komersil dan hanya dikeluarkan kepada kapal layar yang memohon untuk mendapatkan laluan selamat. Secara umumnya, akses ke Diego Garcia hanya dibenarkan untuk individu-individu yang mempunyai kaitan dengan fasiliti ketenteraan di pulau berkenaan.

Fungsi Pulau Diego Garcia

Ada apa sebenarnya dengan pulau Diego Garcia

Sejak dari era Perang Dingin lagi, Amerika Syarikat telah menggunakan pangkalan ini untuk mencegah pengaruh Soviet Union. Pihak Amerika juga melihat kedudukan pulau ini sebagai sangat strategik dan pada satu tahap menganggapnya sebagai ‘kapal pengangkut pesawat yang tidak boleh ditenggelamkan‘ (unsinkable aircraft carrier).

Pada waktu ini, pulau tersebut menempatkan 1,700 tentera dan 1,500 orang awam yang bertanggungjawab menjadi kontraktor menyelenggara prasarana ketenteraan seperti jet-jet pejuang dan kapal perang.
Diego Garcia juga berperanan sebagai tapak pendaratan kecemasan bagi pesawat komersial jenis Enjin Berkembar Operasi Jarak Jauh (Extended Range Twin Engine Operations, ETOPS). Pesawat ini perlu mendapat kebenaran khas jika ingin melakukan penerbangan terus tanpa henti merentasi Lautan Hindi.
Pulau terumbu ini juga merupakan salah satu daripada 33 tapak pendaratan kapal angkasa yang telah ditentukan oleh NASA. Namun, sehingga kini masih belum ada satu pun kapal angkasa yang mendarat di pulau berkenaan.

Pemilikan Pulau Diego Garcia

Walaupun Amerika Syarikat menempatkan pangkalan tenteranya di situ, pulau berkenaan masih lagi menjadi milik British di bawah British Indian Ocean Territory (BIOT). Berdasarkan kenyataan dari US Commander, Navy Installations Command, pada tahun 1965 seiring dengan pembentukan BIOT, kedua-dua belah pihak telah bersepakat menandatangani perjanjian yang memenuhi tuntutan keselamatan kedua-dua belah pihak pada tahun 1966.

Sejarah

Orang-orang Portugis adalah bangsa Eropah pertama yang menemukan pulau berkenaan ketika era Penjelahan kurun ke-16.
Ketika zaman perdagangan rempah ratus, kedudukan gugusan Kepulaun Chagos ini tidak begitu signifikan untuk ekonomi. Ia hanya berperanan sebagai tempat berlindung kapal-kapal dari taufan siklon yang sering melanda Lautan Hindi.
Pulau ini dikatakan tidak berpenghuni ketika pendudukan Perancis. Selepas Perjanjian Paris 1814 dimeterai, Perancis telah menyerahkan hak-hak Kepulauan Mauritius dan kawasan sekitarnya termasuk Diego Garcia kepada British.

Teori Konspirasi

Salah satu teori konspirasi terbesar Diego Garcia yang kini sedang giat dikongsikan di internet datangnya dari Jim Stone, seorang pengarang bebas.
Menurut beliau, salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood telah berjaya menghantar imej dan teks (voice activated), bersama dengan koordinat GPS yang mendedahkan lokasinya kepada Diego Garcia. Walaupun imej yang dihantar melalui iPhone 5 itu hanya memaparkan imej kosong berwarna hitam, teks yang dihantar oleh Philip Wood menyatakan bahawa beliau kini ditahan oleh tentera yang tidak diketahui.
Laporan ini telah mencetuskan spekulasi bahawa MH370 mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat, Diego Garcia. Pemeriksaan pada permainan simulator juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menguatkan lagi andaian tentang pendaratan MH370 di Diego Garcia. Pakar-pakar telah mengesahkan landasan Diego Garcia terkandung di dalam simulasi latihan yang digunakan oleh beliau.
Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada lagi bukti fizikal yang menunjukkan tentang keadaan pesawat serta penumpang dan anak kapalnya. Segala laporan masih lagi diperingkat siasatan dan andaian tanpa sebarang bukti yang jelas.
Sebelum itu, mari kita layan video tentang Diego Garcia oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

Baca Lagi:

Isu LCS : Kali ke 5 telefon Rafizi dirampas, ‘ada sesiapa nak bagi phone baru kat aku?’ tanya Rafizi

Selepas pendedahan PrinceMeed, gambar terkini mangsa MH370 masih hidup berada di pulau Diego Garcia tersebar

Berita baik untuk anak muda, Yamaha RX-Z akan kembali ke pasaran Malaysia?

CATEGORIES