Abang Tesla dapat restu dari isteri kahwin kali kedua, solat subuh bersama sebelum nikah diiringi air mata

Abang Tesla dapat restu dari isteri kahwin kali kedua, solat subuh bersama sebelum nikah diiringi air mata

Abang Tesla dapat restu dari isteri kahwin kali kedua, solat subuh bersama sebelum nikah diiringi air mata. Bagi pengguna aplikasi TikTok, segelintir pasti mengenali individu yang dikenali sebagai Abang Tesla yang sering berkongsi mengenai kereta mewah jenis Tesla miliknya.

Restu isteri pertama

Baru-baru ini, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.

Abang Tesla dapat restu dari isteri kahwin kali kedua, solat subuh bersama sebelum nikah diiringi air mata

Menerusi video yang dikongsikan, Abang Tesla berkata penikahan keduanya itu telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Malah, menurut Abang Tesla isteri pertamanya reda dan hanya menjaga aibnya sebagai suami.

Tiga jam sebelum saya melangsungkan pernikahan yang kedua. Saya dan isteri pertama solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.

Mungkin ramai yang kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, tapi saya tidak! Saya tidak akan membelakangi isteri saya.

Isteri saya reda dan sangat-sangat menjaga aib dan maruah suami dia. Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya.

Dalam hantaran sama, Abang Tesla turut memuat naik momen dia dan isteri keduanya diijabkabulkan.

Tambah Abang Tesla lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.

Isteri yang baik adalah isteri yang taat pada suami dan menjaga maruah suami.

Selesai akad nikah kedua saya terus cari isteri pertama untuk pastikan dia tidak emosi.

Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina dimata manusia.

Netizen tak sependapat

Abang Tesla dapat restu dari isteri kahwin kali kedua, solat subuh bersama sebelum nikah diiringi air mata

WhatsApp Image 2023 08 20 at 9.44.01 AM 630x632 1

Abang Tesla dapat restu dari isteri kahwin kali kedua, solat subuh bersama sebelum nikah diiringi air mata

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyuarakan pandangan berbeza dengan Abang Tesla meskipun dia menyatakan isteri pertamanya reda dengan perkahwinan tersebut.

Video

@abg.tesla Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami ♬ original sound – ABG.TESLA

Baca Lagi:
Mahkamah jatuhkan hukuman bunuh individu hina Nabi, ketika dikebumikan jasad berpaling dari arah kiblat dengan sendiri
Ramai tak tahu anda akan dikenakan caj penalti jika duduk dalam highway terlalu lama
Cita-cita dari kecil, lelaki ini habiskan RM64,000 untuk jadi anjing, ini hasilnya buat ramai tak sangka
CATEGORIES