Abang Foodpanda hantar makanan sampai di puncak Gunung Kinabalu

Abang Foodpanda hantar makanan sampai di puncak Gunung Kinabalu

Abang Foodpanda hantar makanan sampai di puncak Gunung Kinabalu. Biasanya dalam apa-apa situasi yang berlaku di Malaysia, mesti ada entiti merah jambu dan hijau yang berada di sekeliling kita kan.

Entiti merah jambu dan hijau ini tak lain tak bukan adalah penghantar makanan Foodpanda dan juga Grab Food.

Penghantar makanan ini boleh disifatkan sebagai ‘first responder‘ dan anak watan Malaysia yang memiliki pelbagai kebolehan.

Abang Foodpanda hantar makanan sampai di puncak Gunung Kinabalu

Jika anda mengalami kemalangan, mereka biasanya orang pertama yang membantu anda untuk menghubungi pihak berkuasa dengan segera.

Kalau ada orang pengsan di khalayak, mereka jugalah orang pertama yang memberikan rawatan awal kepada pesakit.

Lagi ‘best‘, jika ada kes ragut yang berlaku berdekatan kawasan berdekatan, jika terserempak mereka jugalah antara yang terawal menghulurkan bantuan kepada mangsa.

‘Kebolehan’ mereka untuk dilihat dimana-mana turut dijadikan sebagai meme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara meme yang terkenal yang menunjukkan gambar rider yang menaiki kapal terbang kerana perlu menghantar pesanan makanan ke Sabah dan Sarawak.

Abang ‘Rider’ Foodpanda berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu
Kali ini, uniform merah jambu Foodpanda berserta begnya berjaya menawan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu.

Untuk makluman, Gunung Kinabalu atau dalam bahasa Dusunnya, Gayo Ngaran atau Nulu Nabalu memiliki ketinggian 4,095 dari paras laut.

Selain menjadi gunung tertinggi di Malaysia, kawasan tarikan di Sabah ini juga merupakan gunung ke-29 tertinggi di Asia.

Menurut sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh @aameewaa baru-baru ini, sesi pendakian Gunung Kinabalunya menjadi satu perkara yang tidak dapat dilupakan.

Dalam video yang berdurasi 9 saat tersebut, terdapat kelibat abang penghantar makanan Foodpanda berlari anak-anak di atas puncak Gunung Kinabalu.

Entiti merah jambu tersebut kelihatan sangat comel ketika berbuat demikian sambil membawa kotak penghantaran makanan di belakangnya.

Suasana yang agak lucu tersebut turut dilengkapi dengan permandangan indah pada puncak Gunung Kinabalu.

“Makasih (Terima kasih) abang panda hantarkan McD dari Tawau ke puncak Kinabalu,” pembuat video meletakkan kenyataan berseloroh dalam videonya.

@aameewaLaju lg dia lari. Kasi fyp ba smpai jumpa owner nt ak belanja starbucks bilang 🤣👍🏻♬ Funny Song – Cavendish Music

Pada kapsyen video tersebut, pemilik video turut berkongsi bahawa pergerakan abang Foodpanda misteri tadi sangatlah laju.

Seterusnya dia turut menyatakan hasrat untuk belanja abang Foodpanda berkenan minum Starbuck sekiranya mereka bertemu suatu hari nanti.

foodpanda kinabalu lelaki rider e1677306840909

Identiti lelaki Foodpanda di Gunung Kinabalu dapat dikenalpasti

Tidak lama kemudian, dengan bantuan netizen, identiti lelaki penghantar makanan di Gunung Kinabalu berjaya dikenal pasti.

Dia yang dikenali sebagai Nasir Basara mengakui amat menggemari aktiviti mendaki dan mencintai alam sekitar.

Dalam beberapa video yang dimuat naik di akaun TikToknya (@nasirsabara94), Nasir menunjukkan detik-detiknya mendaki gunung ledang bersama uniform Foodpandanya.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan keberadaannya di puncak Gunung Kinabalu bukanlah untuk menghantar pesanan mana-mana pelanggan.

Abang Foodpanda hantar makanan sampai di puncak Gunung Kinabalu

Sebaliknya, ketika itu dia memang hadir untuk mendaki gunung berkenaan. Memandangkan dia merupakan seorang penghantar makanan, jadi dia membawa pakaian Foodpanda tersebut untuk tujuan bergambar kenang-kenangan.

Baca Lagi:
Kerajaan tambah RM500 dalam simpanan Akaun 1 KWSP yang kurang RM10,000
Syamsul Yusof dapat gelaran Datuk?, antara Ira Kazar dan Puteri Sarah siapa Datinnya..
Belanjawan 2023: Berita baik buat golongan B40, sumbangan wang tunai sehingga RM3,100
CATEGORIES