Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi

Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi

Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi. Meskipun ramai beranggapan kerja sebagai penghantar makanan seronok disebabkan waktu yang fleksibel, tetapi mereka tidak sedar rintangan yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini. Apatah lagi andai ada yang membuat pesanan pada lewat malam, pasti akan rasa seram sejuk sepanjang perjalanan ke destinasi ingin ditujui.

Food rider terima pesanan ke kawasan kubur

Dalam sebuah perkongsian rakaman di laman TikTok, seorang food rider telah menerima satu pesanan penghantaran makanan daripada pelanggannya. Tanpa disangka, order yang diperoleh pada waktu malam itu berlokasi di sebuah kawasan perkuburan Islam. Meskipun tertanya-tanya siapakah gerangan individu di sebalik pesanan tersebut, namun dia tetap melaksanakan tanggungjawab menghantar makanan berkenaan.

Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi

Liang lahad delivery…Thank you abang

Rupa-rupanya tempahan tersebut telah dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai penggali kubur. Disebabkan kelaparan sewaktu melaksanakan tugas, dia dan beberapa rakan yang lain lantas menggunakan perkhidmatan food delivery. Jelas dapat dilihat riak kelegaan pada wajah rider tersebut setelah yakin bahawa individu yang melakukan pesanan itu benar-benar manusia bukannya ‘makhluk lain’.

@anwarcaad13 #foodpandamalaysia #galikubur #pizzahutmalaysia ♬ original sound – anwarcaad13 – Anwar Abdul Rahman Full

Nasib baik tak kena scam…Kalau aku memang terus cancel

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan food rider tersebut merupakan seorang yang amanah dalam mengalas tugasnya. Dalam pada itu, ada yang berseloroh kononnya pemuda berkenaan pasti kecut perut apabila melihat lokasi penghantaran bakal dibuat. Secara keseluruhan, rakaman tersebut meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi

Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi

Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi

Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi

Baca Lagi:
Dua pekerja maut pasang kabel Telekom bawah tanah
‘Anak sulungku adalah suamiku sendiri’
Syamsul Yusof saman JAWI RM10 juta kes kahwin dua
CATEGORIES