Gara-gara kesilapan mudah, Farizal sohor di Twitter dikecam netizen

Gara-gara kesilapan mudah, Farizal sohor di Twitter dikecam netizen

Gara-gara kesilapan mudah, Farizal sohor di Twitter dikecam netizen.

Penjaga gol, Farizal Marlias menjadi topik paling sohor dibincangkan warga Twitter susulan kesilapan mudahnya yang menghadiahkan sepakan penalti pada perlawanan menentang Bahrain malam tadi.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kesilapan yang dilakukan meskipun pasukan Harimau Malaya bermain baik sepanjang perlawanan.

Jaringan sepakan penalti Bahrain pada penghujung permainan meranapkan impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata dalam saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023.

Gara-gara kesilapan mudah, Farizal sohor di Twitter dikecam netizen

Seorang netizen yang menggunakan nama @wmf57 berkata, Farizal tidak sepatutnya menjatuhkan penyerang lawan dalam kotak penalti untuk memenangi bola.

Katanya, ini kerana penyerang itu tidak berada dalam kedudukan yang selesa untuk menjaringkan gol.

“Serahkan kepada pertahanan. Farizal melakukan kesilapan sebelum ini apabila dia terlepas bola dari sudut yang menghasilkan gol. Mungkin Kim Pan Goon patut menggantikannya,” katanya.

Jelas Aasril_13 pula, kesilapan mudah itu berkemungkinan berlaku disebabkan kedudukannya yang tidak sesuai untuk membuat tangkapan.

“Jadi baik hang tumbuk bola tu keluar, sekurang-kurangnya hang boleh recover balik ke gawang goal untuk bersedia dan arahkan pemain pertahanan untuk keluarkan bola…Aku tak faham la Farizal,” ujarnya.

Bagaimanapun, @kamarul135LC pula menyifatkan, tidak perlu untuk terus menyalahkan Farizal kerana keadaan padang yang teruk akibat hujan lebat semalam berkemungkinan menjejaskan pemain itu.

“Asyik salahkan Farizal sedangkan padang sudah macam bendang ..bukan standart pemain Johor Darul Takzim (JDT) lah nak main padang macam ni.

“Selepas ni nak panggil pemain JDT pastikan padang ni elok..pemain JDT tak biasa padang macam cap ayam ni. Farizal tak salah pun, yang salah padang,” katanya.

Malaysia tewas 1-2 di tangan Bahrian pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kekalahan pada kempen kelayakan Piala Asia 2023 ini menyaksikan skuad kebangsaan perlu menamatkan kedudukan di tangga kedua terbaik di kalangan lima pasukan dari enam pasukan.

Baca lagi: 

“Jumpa dekat akhirat nanti ya” lelaki pertikai siapa buat prosedur nikah di Malaysia macam ni

[VIDEO] Lelaki bergayut di jambatan rampas telefon penumpang keretapi yang sedang bergerak

Pelajar perempuan 12 tahun dikurung dan dicabul dua lelaki

CATEGORIES