Peniaga sanggup redah api selamatkan barangan emas bernilai dua juta

Peniaga sanggup redah api selamatkan barangan emas bernilai dua juta

Peniaga sanggup redah api selamatkan barangan emas bernilai dua juta.

Seorang peniaga barangan emas sanggup meredah api demi menyelamatkan barangan emas jualannya dalam satu kebakaran yang berlaku di Pasar Datuk Keramat, awal pagi tadi.

Menurut keterangan beliau yang dikenali sebagai Nik Mohd Arif, 34, beliau terus bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan dari kenalannya berhubung kebakaran yang telah berlaku.

“Sampai sahaja saya di sini, saya terus lompat masuk ke dalam kedai saya bagi menyelamatkan seberapa banyak barangan yang boleh.

“Syukur barangan jualan yang berharga dalam anggaran jutaan ringgit berjaya saya selamatkan daripada hangus.

“Walaubagaimanapun, kedai saya mengalami kerosakan yang agak teruk dan saya terpaksa menanggung kerugian sekitar seratus ribu ringgit,” katanya kepada Kosmo!.

Peniaga sanggup redah api selamatkan barangan emas bernilai dua juta

Nik Muhammad Arif

Seorang lagi peniaga barangan kemas, Iqbal Nordin, 32, berkata,kebakaran itu menyebabkan kerugian yang ditanggungnya mencecah RM10,000.

“Selepas sahaja saya melihat api sedang marak, saya hubungi terus rakan-rakan saya yang turut berniaga di pasar ini.

“Ketika kejadian, tiada sesiapa berada di sini kerana hari sudah lewat pagi, dengan keadaan api yang semakin naik, saya terus hubungi mereka serta tuan-tuan kedai yang lain.

“Kerugian yang saya tanggung dengan mengambil kira segala kerosakkan ada dalam anggaran RM10,000 ” katanya.

Kebakaran yang berlaku di Pasar Dato Keramat pada awal pagi tadi dikatakan bermula dari sebuah kedai pakaian terpakai, api yang marak seterusnya menjilat kedai-kedai yang berada di sekitarnya.

Punca kebakaran masih di bawah siasatan pihak berkuasa dan orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini.

Baca Lagi:

“Jumpa dekat akhirat nanti ya” lelaki pertikai siapa buat prosedur nikah di Malaysia macam ni

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

Muka anak dicakar, digigit, ibu geram dengar alasan pengasuh

CATEGORIES