Petugas stadium guna penyodok sampah tolak air bertakung undang kritikan netizen

Petugas stadium guna penyodok sampah tolak air bertakung undang kritikan netizen

Petugas stadium guna penyodok sampah tolak air bertakung undang kritikan netizen.

Hujan sepanjang hari membuatkan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil ditakungi air dan menjadi tular di media sosial.

Senario itu memaksa petugas stadium menolak air menggunakan penyodok dan kertas putih keras bagi memastikan permukaan padang dapat digunakan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.

Bagaimanapun tindakan itu menjadi kritikan netizen dan mempersoalkan kenapa jentera penolak air tidak digunakan seperti mana dipraktikkan oleh kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Petugas stadium guna penyodok sampah tolak air bertakung undang kritikan netizen

Rata-rata berpendapat tindakan itu menyebabkan rumput di padang akan rosak.

Namun permukaan padang yang ditakungi pasti menjejaskan kualiti permainan yang mahu ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.

Baca lagi: 

“Ada yang cakap saya pergi menggatal” – ‘Kembar’ Siti Sarah beri penjelasan selepas dikecam

[VIDEO] Tak sempat nak selfie, rambut wanita ditarik Ungka di zoo

Gadis 16 tahun baru 2 hari berkahwin dah kena talak dengan duda 50 tahun

CATEGORIES