Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand

Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand

Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand.

Thailand mula mengedar sejuta tanaman ganja ke seluruh negara pada Jumaat, sehari selepas negara itu menghalalkan penanaman dan pemilikan ganja.

Pihak berkuasa negara itu memaklumlan, pengedaran itu diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang dengan misi untuk menanam minat terhadap ganja kepada awam.

Kira-kira 1,000 anak benih percuma diserahkan kepada pengunjung semasa acara perasmian selama tiga hari yang diadakan di Buriram untuk meraikan pembaharuan dasar.

Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand

Menteri Kesihatannya, Anutin Charnvirakul dalam acara tersebut berkata, pencapaian partinya dalam memperbaharui dasar penggunaan ganja menceriakan ribuan rakyat.

Thailand berharap dengan berita baik ini, ia akan membantu orang ramai meningkatkan pendapatan tidak kira kepada sektor pelancongan juga petani kecil-kecilan.

Namun terdapat kebimbangan bahawa dasar baharu itu mungkin disalahguna oleh syarikat perniagaan besar dalam mengaut keuntungan.

Pada Khamis, Thailand menjadi negara Asia pertama ‘menghalalkan’ penanaman ganja, dengan matlamat menjadikannya tanaman komersial yang boleh memacu industri pelancongan.

Baca Lagi:

Sajat buat hal lagi, kali ni tayang body di TikTok

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

Wanita cedera dirempuh kereta di kaunter stesen minyak, pemandu tersalah tekan pedal minyak

CATEGORIES