Pendek umur jika guna telefon terlalu lama

Pendek umur jika guna telefon terlalu lama

Pendek umur jika guna telefon terlalu lama.

Satu kajian baharu mendapati bahawa penggunaan telefon pintar selama berjam-jam boleh memendekkan jangka hayat manusia, lapor laman berita Wion News semalam.

Laporan media mengenainya memetik pakar-pakar di Institut Penyelidikan Buck Mengenai Penuaan di California, Amerika Syarikat menjelaskan bahawa aktiviti berkenaan juga boleh merosakkan mata dan memberi kesan kepada proses badan yang lain.

Pendedahan mata terhadap cahaya daripada skrin telefon pintar didapati boleh mengganggu kitaran tidur di samping memburukkan lagi penyakit kronik, kata pasukan penyelidik.

Pendek umur jika guna telefon terlalu lama

Sistem pertahanan mata adalah kuat berbanding organ lain memandangkan ia sentiasa terdedah kepada persekitaran luar.

Apabila sistem pertahanannya menjadi terlalu aktif disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya melalui telefon pintar pada setiap hari, ia boleh mengganggu proses dalaman badan dan membahayakan organ lain.

“Merenung pada skrin komputer dan telefon pintar menyebabkan kita terdedah kepada pencemaran cahaya, malah keadaan tersebut sangat mengganggu kitaran biologi.

“Ia merosakkan perlindungan untuk mata serta memberi kesan terhadap penglihatan, merosakkan seluruh badan dan otak,” kata seorang profesor dan pakar pemakanan dari Institut Buck, Dr. Pankaj Kapahi.

Baca Lagi:

Wanita cedera dirempuh kereta di kaunter stesen minyak, pemandu tersalah tekan pedal minyak

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

CATEGORIES