Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti
Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti.
Realitinya, bukan mudah menjadi pemandu lori ataupun ‘pilot darat’ apabila berhadapan situasi blindspot kerana sukar untuk melihat kenderaan lebih kecil di sekelilingnya. Justeru, para pemandu kereta mahupun penunggang motosikal lazimnya menjarakkan diri daripada titik buta tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden tak diingini berlaku.
Walaupun blindspot…tapi pemandu cuba menyelit antara 2 buah lori & tergamak ketuk pintu tanda protes
Namun berbeza pula dengan sikap degil dan biadap seorang pengguna jalan raya yang viral baru-baru ini. Terdahulu, pengguna akaun TikTok @ahchot12 terkejut apabila ada sebuah kereta cuba ‘menyelit’ dari kiri biarpun dihimpit sebuah lagi kenderaan berat. Pemandu terbabit malah tergamak mengetuk pintu lorinya beberapa kali sebagai tanda protes, apabila disangka laluannya sengaja dihalang.
Selamba berhenti tengah jalan rekod gambar lori buat hal…walhal semua gelagatnya dirakam dashcam
Tak cukup dengan itu, dia bahkan selamba berhenti di tengah jalan dan keluar daripada kereta semata-mata untuk merakam gambar lori yang menghalangnya. Namun begitu, pemandu berkenaan tidak menyedari bahawa segala tingkah lakunya dirakam oleh dashcam sebelum menjadi tular apabila dimuat naik ke aplikasi TikTok.
@ahchot12WQV450 jgn mcm bagus,ajak berhnti tepi lari phuiii…sebab ape kau lari sebab kau salah…loc lepas byr toll skve saujana putra♬ original sound – chotisotank🚛🚚
Gigihnya siap berhenti nak snap gambar, malu oi…konon nak melawan, tapi tak pasal-pasal kena lenyek
Bukan sahaja meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini, klip video berkenaan bahkan ramai tidak puas hati dengan tindakan pemandu tersebut. Meskipun berpakaian kemas, tetapi lelaki berkenaan disifatkan sengaja cari padah dengan kenderaan yang jauh lebih besar daripadanya. Dalam pada itu, mereka turut memuji kesabaran pemandu lori tersebut.
Baca Lagi:
Viral Salon rambut tampilkan pekerja seksi diserbu polis
Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia
Wanita curi pesanan foodpanda orang lain di hospital ketika teman ibu