Wanita mengandung ditemui maut dalam kereta ditembak di perut

Wanita mengandung ditemui maut dalam kereta ditembak di perut

Wanita mengandung ditemui maut dalam kereta ditembak di perut.

Seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini pada Sabtu.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan.

“Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Wanita mengandung ditemui maut dalam kereta ditembak di perut

Mangsa ditemui dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.

Beliau berkata, semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama mangsa.

Muhamad Zaki berkata, hasil temubual dengan ibu mangsa memberitahu wanita berkenaan hamil tujuh bulan.

Baca lagi: 

Cara atasi dengan mudah “kalau tombol pintu selalu terkunci dari dalam”

Ikan melompat dari air, tersangkut pada kerongkong pemancing

Wanita ini malu teruk minta resign, tersalah hantar “sticker” tak senonoh dalam group pejabat

CATEGORIES