Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab ‘status’ single mom (janda)

Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab ‘status’ single mom (janda)

Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab ‘status’ single mom (janda).

Meskipun kita sudah melangkah ke pertengahan tahun 2022, tapi sayangnya status janda atau single mom masih lagi mewujudkan persepsi negatlf dalam kalangan masyarakat hari ini.

Lebih menyedihkan, stigma ini bahkan dilihat agak `berat sebelah’ ke atas golongan sedemikian berbanding duda.

Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab 'status single mom' (janda)

31/5/22 sepatutnya tarikh bahagia kami…tapi semuanya musnah sebab campur tangan keluarga
Di sebalik senyum manisnya, tersimpan banyak kisah duka dalam hati wanita dikenali sebagai Farah Idzarra ini.

Antaranya, tanggal 31 Mei lalu sepatutnya menjadi detik bahagia buatnya dan calon suami. Namun begitu, r0sak semuanya gara-gara faktor campur tangan keluarga.

Family dia tak suka sebab status single mom…takpa / reda, moga bahagia dengan pilihan keluarga awak.

Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab 'status single mom' (janda)

Mengulas lanjut, Farah Idzarra dedahkan bahawa pihak keluarga sebelah lelaki tidak berkenan pada dirinya hanya disebabkan memegang status sebagai ibu tunggal kepada seorang anak.

Reda dengan ketentuan tersebut, dia malah mendoakan bekas pasangannya agar bahagia dengan calon isteri yang Iebih sesuai.

Allah, dah bahagia family pula tak nak…libatkan keluarga ni memang pening nak hadap.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan rangsangan positif terhadapnya.

Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi pengalaman senasib dengan single mom ini. Secara keseluruhannya, perkongsian video tersebut telah meraih lebih 50 ribu views setakat ini.

Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab 'status single mom' (janda)

“stay strong.byk gitu mertua yg masuk campur kaco padahal anak takde masaIah.dah lepas kawen Pon Ada mertua kaco ganggu teruk MCM Dari ganu.sabar la ek”
“kuatkan semangat dik. libatkan family ni memang pening nak hadap”
“sama lsu dengan sis.family bf i paksa bf i khwn pilihan diaorg tp dia tp cari i sbb x happy..”

“jodoh ni rahsia Allah,ape yang berlaku hanya asbab,jangan la kita saling menunding jari dengan ape yang terjadi, Allah lebih tahu ape yg tebaik utk kita”
“sabar laa….mungkin blom smpi masa jumpe yg terbaik dalam hidup tu..”
“Stay strong awkk .. semoga allah hadirkan yg lebih baik utk awkk..”

Dalam sudut ajaran Islam, terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang nikah dengan janda dan anak dara. Bagi seorang lelaki, anda mempunyai hak sepenuhnya untuk memilih jodoh yang akan menjadi suri hati sampai ke hujung nyawa.

Namun tahukah anda bahawa kedua-duanya adalah wanita yang mempunyai status serta kedudukan berbeza ketara? Ia meliputi aspek perwalian, persetujuan perkahwinan, poligami, keadilan dalam giliran bermalam dan sebagainya.

Perbezaan nikah dengan janda atau anak dara.

Mendirikan rumah tangga adalah suatu proses ke arah kehidupan dan pergaulan yang halal dari sisi agama. Hadis Rasulullah menyarankan kaum Adam untuk memilih wanita mempunyai harta, keturunan baik, rupa paras cantik dan taat kepada agama.

Sepatutnya dah kahwin, tapi keluarga tak restu sebab 'status single mom' (janda)

Dalam hal ini, hal yang paling utama adalah taat kepada agama kerana wanita yang taat kepada agama lebih menjamin kebahagian dan meletakkan ketaatannya kepada AIIah serta Rasul-Nya.

Berdasarkan aspek yang telah dikemukan, agama Islam lebih menyarankan para lelaki untuk berkahwin dengan anak dara kerana masih gadis, suci dan memberikan peluang yang luas untuk melahirkan ramai anak.

Hal ini kerana keadaan tubuh badan mereka masih kuat, sihat dan berupaya melahirkan ramai zuriat tanpa sebarang risiko. Islam turut menyarankan anda mencari wanita solehah sebagai calon isteri.

Baca Lagi:

‘Datuk Seri’ datang ziarah serah bon 1 juta euro, menggigil tangan saya – Ustaz Kazim

Seram! Wanita ini dedah rupa sebenar lebih 10 rakan halusinasinya selain Amanda

Jutawan ‘low profile’ dari Kampung Baru miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

CATEGORIES