Kenali jutawan ‘low profile’ pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Kenali jutawan ‘low profile’ pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Kenali jutawan ‘low profile’ pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan.

Setiap kali mendengar kejayaan orang lain, pastinya ia memberikan inspirasi dan mendorong bagi mengikuti jejak langkahnya.

Penulis berasa bersemangat membaca perkongsian Syahril A.Kadir mengenai jutawan di sebalik pembinaan sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Kenali jutawan 'low profile' pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Siapa pernah melalui Wisma Zikay? Inilah pemiliknya. Datuk Mohd Khay Ibrahim wajar dijadikan contoh bumiputera yang mampu duduk sebaris dengan mereka daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Baca juga: Inspirasi! Setahun Jual Sambal Raih RM7.5 Juta, Khairul Aming Buka Kilang Di Kelantan.

Kenali jutawan 'low profile' pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Datuk Mohd Khay Ibrahim, jutawan ‘low profile’ dari Kampung Baru, antara kampung yang masih wujud di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.

Menurut laman web rasmi ZIKAY, beliau memiliki kemahiran yang kukuh dalam bidang perniagaan sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kini beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan ZIKAY Group Berhad iaitu sebuah entiti Bumiputera yang mengkhusus dalam pelbagai struktur ekonomi dan perniagaan yang berpusat di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Berbakti kepada masyarakat sentiasa menjadi amalan berterusan. Sumbangan dan penglibatan aktif beliau dalam pelbagai pertubuhan dan acara amal disalurkan melalui Yayasan ZIKAY (ZIKAY Foundation) yang menangani keperluan untuk pendidikan yang betul dan keadaan hidup yang lebih baik.

Selain itu, Mohd Khay Ibrahim menganggotai beberapa badan awam dan swasta seperti pengerusi Lembaga Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu, Pengerusi Yayasan ZIKAY, ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu , ahli lembaga pengarah Tabung Pendidikan 1 Bilion untuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ahli lembaga pengarah Kolej Yayasan Melaka.

Kenali jutawan 'low profile' pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Siapa sebenarnya jutawan ini? Beliau adalah bapa kepada lima orang cahaya mata yang mana kesemua anak lelakinya menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama dengan mendalam.

Malah beliau turut melaksanakan amalan membaca Al-Quran dan terjemahan di syarikatnya pada setiap pagi, sejak berbelas tahun dahulu.

Siapa menyangka beliau adalah pemilik sebuah hotel setinggi 42 tingkat di Kampung Baru. Hotel Tamu Hotel & Suites bertaraf empat bintang yang terletak di Jalan Raja Abdullah dan Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur milik jutawan ‘low profile’ ini.

Kenali jutawan 'low profile' pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Memetik laporan Bernama, pembinaan hotel itu jelas membuktikan tanah pegangan Melayu boleh dibangunkan menjadi hartanah yang bernilai tinggi.

“Pada mulanya, ada yang kata saya tidak waras. Siapa nak percaya orang Melayu boleh dirikan bangunan bukan 10 atau 20 tingkat tetapi 42 tingkat.

“Ada juga yang tak percaya projek saya ini boleh siap,” katanya yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah.

Beliau berkata apabila Hotel Tamu & Suites siap dibina, nilai hartanah berdekatan akan meningkat sebanyak 50 peratus.

Mohd. Khay memilih untuk mewujudkan jenama hotel tersendiri daripada mengambil jenama hotel antarabangsa yang sudah popular kerana tidak mahu terikat dengan piawaian yang ditentukan pihak berkenaan.

Kenali jutawan 'low profile' pemilik hotel mesra syariah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

“Kita tidak mahu ada benda-benda syubhah di sini (hotel). Secara tak langsung juga kita memberi pilihan pada mereka yang bekerja dalam industri perhotelan, untuk memilih tempat kerja yang mesra syariah,” katanya sambil menjelaskan usaha yang dibuatnya itu adalah fardu kifayah yang perlu beliau laksanakan sebagai seorang Muslim.

Pembinaan hotel itu menelan kos pembinaan RM200 juta yang dilengkapi 276 bilik serta 129 servis suite di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru pada tahun 2018.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Tiada kejayaan yang dicapai dalam sekelip mata. Tentunya banyak pengorbanan dan cabaran yang dilalui beliau untuk berada di tahap ini.

Kejayaan beliau boleh dijadikan motivasi buat kita yang Bumiputera juga berupaya duduk sebaris dengan dunia korporat dengan pelbagai kaum lain tanpa perlu mengorbankan prinsip Islam yang kita sanjung.

Baca Lagi:

Enam beradik lemas dalam perigi dicampak ibunya sendiri

Lelaki mengaku bunuh wanita Thai, mayat dikerat dan disumbat dalam beg dicampak ke sungai

Cara atasi dengan mudah “kalau tombol pintu selalu terkunci dari dalam”

CATEGORIES