Wanita dicerai suami kerana tak tahu masak, hanya pandai masak mi segera

Wanita dicerai suami kerana tak tahu masak, hanya pandai masak mi segera

Wanita dicerai suami kerana tak tahu masak, hanya pandai masak mi segera.

Seorang lelaki di India dilaporkan telah meminta cerai kerana isterinya hanya pandai memasak mi Maggi untuk dimakan, lapor akhbar Indian Express.

Hakim utama daerah dan mahkamah sesyen, ML Raghunath pada Jumaat lalu bercakap mengenai kes perkahwinan di mana satu pasangan telah memfaikan cerai disebabkan isu yang kecil.

Menurutnya, kes tersebut berlaku ketika dia menjadi hakim di daerah Ballari, negeri Karnataka.

“Lelaki itu berkata isterinya tidak tahu memasak makanan selain mi Maggi. Mi segera disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

“Dia mengadu bahawa isterinya pergi ke kedai dan hanya membeli mi segera kerana tidak pandai memasak hidangan lain,” kata Raghunath.

Wanita dicerai suami kerana tak tahu masak, hanya pandai masak mi segera

Tambah Raghunath, pasangan itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian kepada pertikaian perkahwinan adalah sedikit sukar dan kebanyakan mereka merujuk semula setelah memikirkan masa depan anak-anak.

“Kami menggunakan sentimen untuk membawa kompromi dalam kalangan pasangan dan menyatukan mereka semula. Ia lebih kepada masalah psikologi berbanding fizikal,” jelas beliau.

Dalam kebanyakan kes, walaupun pasangan merujuk semula, parut pertikaian mereka masih kekal.

Baca Lagi:

Kenapa orang tua lebih sensitif, cepat marah? Ini penjelasan pakar..

Pengenalan ‘caj kesesakan’ berpotensi bantu bandar atasi trafik dan kurangkan jumlah kenderaan

PANAS !!! Video Azwan Ali maki Yusuf Azmi dan sahabat, sekali ini respon balas Yusuf Azmi

CATEGORIES