Penggal kepala isteri siap bawa jalan-jalan naik motorsikal

Penggal kepala isteri siap bawa jalan-jalan naik motorsikal

Penggal kepala isteri siap bawa jalan-jalan naik motorsikal.

Gara-gara cemburu, seorang lelaki nekad memenggal kepala isterinya dan membawa kepala tersebut ‘bersiar-siar’ menaiki motosikal.

Memetik laporan The Sun, lelaki berusia 27 tahun itu juga dipercayai melakukan penderaan terhadap mangsa selama berbulan-bulan sebelum nekad memenggal kepala isterinya itu dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Tindakan tersebut dilakukan di rumah mereka di Phnom Penh, Kemboja pada 27 Mei lalu.

Suspek dipercayai telah memasukkan kepala isterinya yang berusia 23 tahun itu ke dalam guni dan membawanya menaiki motosikal sebelum membuangnya ke kawasan terbiar.

Penggal kepala isteri siap bawa jalan-jalan naik motorsikal

Sementara itu, mayat mangsa yang telah dikerat ditemui di atas lantai rumah keluarga itu.

Terdapat tin bir kosong dan pisau berlumuran darah berada di sampingnya.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui selepas jirannya cuba untuk memeriksa keadaannya selepas terdengar suspek menjerit kepada mangsa.

Namun, dia terkejut apabila menemui mangsa dalam keadaan yang mengerikan.

Selepas dari itu pihak polis segera memburu suspek dan berjaya menahannya pada 28 Mei.

Mengaku cemburu

Menurut polis, suspek mengaku bahawa motif dia bertindak memenggal kepala isterinya itu kerana cemburu.

Dia juga cuba untuk menyembunyikan kepala tersebut.

Penggal kepala isteri siap bawa jalan-jalan naik motorsikal

“Saya cemburu kerana saya rasa dia sudah berubah. Saya tidak memukulnya sebelum membunuhnya.

“Saya menggunakan pisau untuk memotong kerongkongnya,” terang pihak polis.

Difahamkan, pasangan itu telah berpindah ke rumah yang disewa pada Februari bersama anak lelaki mereka yang berusia setahun untuk memulakan hidup baharu.

Bagaimanapun, jiran-jiran mereka memberitahu bahawa si suami sering bertindak ganas dan kasar.

“Saya terdengar suaminya sering menjerit dan bertengkar. Dia sangat cemburu, ketika itulah saya temui mayatnya di atas lantai,” kata salah seorang jiran.

Dalam pada itu, Polis Daerah Boeung Kak berkata tiada suspek lain yang terlibat dalam kes itu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Tiada suspek lain dan suami telah mengaku,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Perancangan Jenayah Polis Perbandaran Phnom Penh, Leftenan Jeneral Song Ly pula berkata suspek telah didorong rasa cemburu.

“Serangan itu bermotifkan rasa marah dan cemburu. Waran tangkap dikeluarkan dan suspek berjaya ditangkap.

“Dia telah mengaku membunuh isterinya dengan cara yang ganas dan kejam,” katanya.

Suspek telah ditahan reman dan menghadapi pertuduhan di Mahkamah pada 30 Mei.

Baca Lagi:

CATEGORIES