Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta. Dilaporkan bahawa, dua individu berasal dari Sabah masing-masing menjadi pemenang bertuah Supreme Toto 6/58

Jackpot RM13.8 juta dan Toto 4D Jackpot 1 RM8 juta.

Pemenang pertama bekerja sebagai pengurus hutan dan telah berjaya memperoleh kemenangan Supreme Toto 6/58 Jackpot bernilai RM 13.8 juta.

Sports Toto Malaysia dalam kenyataannya berkata, apabila lelaki berusia 61 berkenaan menuntut wang yang dimenanginya, dia berkata kawannya pernah mentertawakannya apabila dirinya terus membeli nombor taruhan sejurus sahaja jackpot bernilai RM 97.75 juta telah dimenangi pada awal April.

“Mereka memberitahu saya agar tidak membazirkan wang kerana jumlah jackpot besar bernilai RM97.75 telah pun dimenangi oleh orang bertuah lain pada awal bulan April. Nasib baik saya tidak memperdulikan kata-kata mereka dan saya menang berjuta-juta kali ini.

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta.

“Saya hanya mengetahui (saya menang) satu minggu kemudian menerusi pilihan nombor iaitu, 9, 13, 26, 34, 35 dan 46 membolehkan saya menang RM13,779,096.95 kerana saya hanya menyemak keputusan taruhan apabila ke kedai Toto,” katanya.

Lelaki bertuah ini juga berkata bahawa dirinya belum lagi merancang untuk menggunakan wang yang dimenanginya itu dan tidak merancang untuk bersara lebih awal kerana masih lagi mahu bekerja di dalam hutan.

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta.

Seorang lagi pemenang bertuah.

Dalam masa yang sama, seorang lagi pemenang bertuah yang merupakan pegawai tadbir berusia 54 tahun telah berjaya memenangi Toto 4D Jackpot 1 RM8 juta pada 20 April 2022.

Katanya, beliau telah membeli tiket taruhan System 5 Lucky Pick Toto 4D Jackpot dengan mempertaruhkan nombor bertuahnya 2425 dan 3512 yang membolehkannya menang RM8,065,964.80 dan RM1,006 lagi sebagai bonus System Play.

“Saya mahu menggunakan wang dimenangi ini untuk membayar hutang dan simpanan untuk pendidikan anak-anak,” katanya.

Baca Juga : 

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Jumpa segulung duit RM100, ramai mengaku duit mereka, tapi lelaki ni berjaya jumpa pemilik asal

Gatal nak kahwin lain, suami gaji RM1800 je.. Isteri pertama mengamuk madu tiba-tiba mesej tuduh habiskan duit suami

CATEGORIES
TAGS