Aksi lelaki menyamar sebagai polis buat speed trap berjaya halang pemandu bawa laju dijalan kampung
Aksi lelaki menyamar sebagai polis buat speed trap berjaya halang pemandu bawa laju dijalan kampung.
Raya-raya macam ni mestilah makin bertambah bilangan kereta lalu lalang di depan rumah. Tak kira perumahan di bandar mahupun kampung.
Kadang-kadang ada kereta yang dipandu dengan laju sehingga menyumbang perasaan kurang senang kepada penduduk di kawasan setempat!
Sama seperti ayah kepada seorang gadis bernama Fieza ini di mana ayahnya muncul dengan idea bernas untuk menghalang pemandu memandu dengan laju!
Video yang dimuat naik oleh @fiezamieza memaparkan ayahnya menyamar sebagai anggota polis yang mengawal had laju kenderaan.
Lelaki tersebut siap mengenakan topi bulat dan vest pantulan cahaya untuk menampakkan dirinya seperti polis! Tidak ketinggalan, ring light juga digunakan dalam sesi penyamaran!
Aksi beraninya itu ternyata membuatkan ramai yang berdekah di laman TikTok!
Fieza turut menjelaskan alasan ayahnya berbuat begitu kerana banyak kereta dipandu dengan laju seperti di atas highway sedangkan jalan itu jalan kampung.
Gadis itu turut akui kereta yang lalu-lalang semakin perlahan sejak ayahnya membuat perangkap had laju palsu itu.
Setakat ini, video yang tular ini berjaya meraih tontonan sehingga 204.7 ribu dan 16.5 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Dalam video yang lain, ayah Fieza dilihat duduk di atas kerusi sambil menyarungkan vest hijau di depan rumah sementara menunggu ‘mangsa’.
Menjengah ke ruangan komen, netizen berdekah melihat gelagat ayah si gadis ini. Mereka turut memberikan tip untuk menampakkan fake speed trap itu lebih real!
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok
“next time pakai vest pantulan cahaya tu 😂😂”
Baca Lagi:
Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua
16 pengunjung Taman Tema dilapor cedera, gelongsor air pecah tiba-tiba
Wanita Rusia dikecam teruk selepas ‘selamba’ berbogel ambil gambar depan pokok ‘suci’ di Kuil