Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua

Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua

Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua.

Kehilangan insan tersayang bukan perkara yang mudah untuk dihadapi. Tambahan pula, apabila kehilangan kedua-dua ibu bapa dicintai dalam satu hari yang sama sewaktu umat Islam sedang bergembira meraikan sambutan hari raya.

Begitulah takdir hidup seorang anak bernama Faezah Fakri yang berkongsi kisah kedua ibu bapanya pergi menghadap Ilahi yang hanya berselang 12 jam pada Syawal kedua.

Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua

WhatsApp Image 2022 05 05 at 3.14.18 PM

Alhamdulillah semua dah selesai. Dalam satu hari saya kehilangan kedua ibu-bapa saya di antara jangka masa 12 jam 2 minit. Tapi saya redha dengan apa yang jadi.

Semoga pemergian mak dan ayah saya dirahmati Allah SWT. Mohon sedekahkan al-fatihah untuk mereka. Terima kasih semua.

Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua

Mak dan ayah saya dah berpisah pada tahun 2018. Mungkin di dunia jodoh depa tak panjang di dunia, tapi itulah takdir Allah tu indah. Sehati sejiwa, sehidup semati.

Ayah saya taktau yang mak saya dah dijemput Ilahi sebab waktu tu pun dia telah ditidurkan sebab dia kena heart attack pada 30/4 dan jantung dia terlalu lemah.

Takdir hidup seorang anak hilang ibu bapa selang 12 jam pada Syawal kedua

Takdir Allah, dia pun dijemput Ilahi pada malam hari yang sama dengan pemergian mak saya.

Terima kasih semua yang mendoakan mak ayah saya. Terima kasih sangat-sangat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan ibunya, Norsah Chik, 59, meninggal dunia di Guar Chempedak, dekat sini, kira-kira 8.50 pagi pada 3 Mei 2022 selepas disahkan mengidap kanser usus tahap empat di rumah mereka.

Kakaknya Farahana Mohd Fakri, 28 memaklumkan arwah bapanya, Mohd Fakri Abdullah, 60, pula meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, kira-kira 8.50 malam pada hari sama.

“Walaupun sedih dengan pemergian dua insan tercinta dalam hidup kami, saya dan dua adik perempuan tetap reda dengan ketentuan Illahi.

“Cumanya, kami sedikit terkilan tidak sempat memberi hadiah kepada arwah bapa apabila dia dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada malam Sabtu lepas,” ujar Farhana ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ulasnya lagi, mereka sekeluarga sempat beraya bersama dengan arwah ibunya yang teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kediamannya tahun ini.

“Kami sempat beraya dengan ibu dan dia seronok apabila kanak-kanak datang beraya di rumah apabila siap meminta saya membuat status di laman sosial, malah arwah juga minta makan berhampirannya walaupun dia tidak menjamah makanan itu.

“Dengan bapa, kami tidak sempat beraya memandangkan arwah ditidurkan ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Baca Lagi:

CATEGORIES